-
Yosua 23:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “Aku akan meninggal tidak lama lagi. Kamu semua memang tahu dengan sepenuh hati dan dengan segenap jiwa bahawa tiada satu pun antara semua perkara baik yang dijanjikan oleh Yehuwa, Tuhan kamu, kepada kamu telah gagal ditunaikan. Semuanya menjadi kenyataan bagi kamu. Tiada satu janji pun yang dimungkiri-Nya.+
-
-
Zakharia 1:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Namun, segala perintah dan peraturan-Ku yang disampaikan melalui para nabi, iaitu hamba-hamba-Ku, ternyata benar. Aku telah mengingatkan nenek moyang kamu apa yang akan berlaku jika mereka ingkar, dan tidakkah semua perkara itu benar-benar terjadi?’+ Kemudian, nenek moyang kamu bertaubat dan berkata, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah melaksanakan apa yang ditentukan-Nya. Dia membalas kami setimpal dengan segala perbuatan kami.’”+
-