PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Zakharia 1
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Zakharia

      • Seruan untuk kembali kepada Yehuwa (1-6)

        • “Kembalilah kepada Aku, maka Aku akan kembali kepada kamu” (3)

      • Penglihatan 1: Penunggang-penunggang kuda di antara pokok-pokok mirtel (7-17)

        • ‘Yehuwa akan melegakan hati Sion lagi’ (17)

      • Penglihatan 2: Empat tanduk dan empat tukang (18-21)

Zakharia 1:1

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Yehuwa Telah Mengingati.”

Rujukan Silang

  • +Ez 4:24; Hag 1:1; 2:10
  • +Ez 5:1

Zakharia 1:2

Rujukan Silang

  • +2Ra 22:16, 17; Yer 44:5, 6

Zakharia 1:3

Rujukan Silang

  • +Yeh 33:11; Mi 7:18, 19; Mal 3:7

Zakharia 1:4

Rujukan Silang

  • +Ez 9:6, 7; Yes 1:16; 55:7; Ho 14:1
  • +2Ta 36:15, 16; Yer 11:7, 8

Zakharia 1:6

Rujukan Silang

  • +2Ta 36:17; Da 9:11, 12
  • +Ul 28:20, 45; Yer 23:20

Zakharia 1:7

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran B15.

Rujukan Silang

  • +Ez 4:24

Zakharia 1:11

Rujukan Silang

  • +Za 1:15

Zakharia 1:12

Rujukan Silang

  • +Mz 74:10; 102:13
  • +2Ta 36:20, 21; Yer 25:11, 12; Da 9:2; Za 7:5

Zakharia 1:14

Rujukan Silang

  • +Yl 2:18; Za 8:2

Zakharia 1:15

Rujukan Silang

  • +Yer 48:11; Za 1:11
  • +Yes 54:8
  • +Mz 137:7; Yes 47:6; Yer 51:35

Zakharia 1:16

Rujukan Silang

  • +Yes 12:1; Yer 33:14; Za 8:3
  • +Ez 6:14, 15; Yes 44:28; Hag 1:14
  • +Yer 31:38, 39; Yeh 40:2, 3; Za 2:1, 2

Zakharia 1:17

Rujukan Silang

  • +Yes 51:3
  • +Mz 132:13; Za 2:12; 3:2

Zakharia 1:18

Rujukan Silang

  • +Za 1:21

Zakharia 1:19

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:12, 14
  • +2Ra 15:29; 17:6; 18:11; Yer 50:17
  • +2Ra 25:11; 2Ta 36:17, 19

Lain

Za. 1:1Ez 4:24; Hag 1:1; 2:10
Za. 1:1Ez 5:1
Za. 1:22Ra 22:16, 17; Yer 44:5, 6
Za. 1:3Yeh 33:11; Mi 7:18, 19; Mal 3:7
Za. 1:4Ez 9:6, 7; Yes 1:16; 55:7; Ho 14:1
Za. 1:42Ta 36:15, 16; Yer 11:7, 8
Za. 1:62Ta 36:17; Da 9:11, 12
Za. 1:6Ul 28:20, 45; Yer 23:20
Za. 1:7Ez 4:24
Za. 1:11Za 1:15
Za. 1:12Mz 74:10; 102:13
Za. 1:122Ta 36:20, 21; Yer 25:11, 12; Da 9:2; Za 7:5
Za. 1:14Yl 2:18; Za 8:2
Za. 1:15Yer 48:11; Za 1:11
Za. 1:15Yes 54:8
Za. 1:15Mz 137:7; Yes 47:6; Yer 51:35
Za. 1:16Yes 12:1; Yer 33:14; Za 8:3
Za. 1:16Ez 6:14, 15; Yes 44:28; Hag 1:14
Za. 1:16Yer 31:38, 39; Yeh 40:2, 3; Za 2:1, 2
Za. 1:17Yes 51:3
Za. 1:17Mz 132:13; Za 2:12; 3:2
Za. 1:18Za 1:21
Za. 1:192Ra 24:12, 14
Za. 1:192Ra 15:29; 17:6; 18:11; Yer 50:17
Za. 1:192Ra 25:11; 2Ta 36:17, 19
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Zakharia 1:1-21

Zakharia

1 Pada bulan kelapan tahun kedua pemerintahan Raja Darius,+ Yehuwa berfirman kepada Nabi Zakharia*+ anak Berekia, cucu Ido, 2 “Aku, Yehuwa, sangat murka terhadap nenek moyang kamu.+

3 “Beritahulah umat ini bahawa demikianlah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Akulah Yehuwa, ketua angkatan syurga. Kembalilah kepada Aku, maka Aku akan kembali kepada kamu.’+ Itulah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.

4 “Dahulu para nabi berkata kepada nenek moyang kamu, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Berpalinglah daripada haluan kamu yang jahat dan tinggalkanlah perbuatan kamu yang jahat.”’+

“‘Tetapi mereka tidak ambil peduli, dan mereka tidak mengendahkan Aku. Janganlah bersikap seperti mereka,’+ firman Yehuwa.

5 “‘Di manakah nenek moyang kamu sekarang? Dapatkah nabi-nabi itu hidup selama-lamanya? Mereka semua sudah tiada. 6 Namun, segala perintah dan peraturan-Ku yang disampaikan melalui para nabi, iaitu hamba-hamba-Ku, ternyata benar. Aku telah mengingatkan nenek moyang kamu apa yang akan berlaku jika mereka ingkar, dan tidakkah semua perkara itu benar-benar terjadi?’+ Kemudian, nenek moyang kamu bertaubat dan berkata, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah melaksanakan apa yang ditentukan-Nya. Dia membalas kami setimpal dengan segala perbuatan kami.’”+

7 Pada hari ke-24 bulan Syebat,* iaitu bulan ke-11 dalam tahun kedua pemerintahan Darius,+ Nabi Zakharia anak Berekia, cucu Ido, menerima perkhabaran berikut daripada Yehuwa: 8 “Aku nampak suatu penglihatan pada waktu malam. Ada seorang lelaki menunggang seekor kuda merah. Dia berhenti di sebuah lembah, di antara pokok-pokok mirtel. Di belakangnya terdapat beberapa orang lagi yang menunggang kuda berwarna merah, perang, dan putih.”

9 Lalu aku bertanya, “Siapakah mereka tuan?”

Malaikat yang bercakap dengan aku itu menjawab, “Aku akan menunjukkan kepada kamu siapa mereka ini.”

10 Lelaki yang berada di antara pokok-pokok mirtel itu berkata, “Merekalah yang diutus oleh Yehuwa untuk menjelajahi seluruh bumi.” 11 Lalu para penunggang kuda itu berkata kepada malaikat Yehuwa yang berdiri di antara pokok-pokok mirtel, “Kami telah menjelajahi seluruh bumi dan mendapati bahawa seluruh bumi tenang dan tenteram.”+

12 Malaikat Yehuwa berkata, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Engkau sudah murka terhadap Yerusalem dan kota-kota Yehuda+ selama 70 tahun. Sampai bilakah mereka harus menunggu belas kasihan-Mu?”+

13 Dengan kata-kata yang ramah, Yehuwa melegakan hati malaikat yang bercakap kepada aku itu. 14 Kemudian malaikat tersebut berkata kepadaku, “Isytiharkanlah: ‘Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Aku mengambil berat dan sangat mengasihi Yerusalem dan Sion.+ 15 Tetapi Aku sangat murka terhadap bangsa-bangsa yang berasa aman dan tenteram.+ Kemurkaan-Ku terhadap umat-Ku hanyalah sedikit,+ tetapi bangsa-bangsa itu membuat penderitaan umat-Ku bertambah parah lagi.”’+

16 “Oleh itu, demikianlah firman Yehuwa: ‘Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, mengisytiharkan, “Aku akan kembali ke Yerusalem dan menunjukkan belas kasihan terhadap penduduknya.+ Rumah-Ku akan dibina semula di situ,+ dan tali penyukat akan direntangkan supaya Yerusalem dibina semula.”’+

17 “Isytiharkanlah hal ini juga: ‘Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Sekali lagi kota-kota-Ku akan dipenuhi dengan segala yang baik. Aku, Yehuwa, akan melegakan hati Sion lagi,+ dan Yerusalem akan menjadi tempat pilihan-Ku sekali lagi.”’”+

18 Kemudian aku nampak empat buah tanduk.+ 19 Lalu aku bertanya kepada malaikat yang bercakap kepadaku, “Apakah makna tanduk-tanduk itu?” Dia menjawab, “Tanduk-tanduk itu melambangkan kuasa yang mencerai-beraikan penduduk Yehuda,+ Israel,+ dan Yerusalem.”+

20 Selanjutnya, Yehuwa menunjukkan kepadaku empat orang tukang yang mahir. 21 Aku bertanya, “Apakah tujuan mereka datang?”

Dia menjawab, “Empat orang tukang itu datang untuk menakutkan bangsa-bangsa dan menjatuhkan tanduk mereka, yang telah mencerai-beraikan penduduk Yehuda. Dengan tanduk-tanduk itu, mereka telah menyerang negeri Yehuda dan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada seorang pun yang dapat mengangkat kepalanya.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi