-
2 Tawarikh 36:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.
-
-
Yeremia 11:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Pada hari Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir, Aku telah menasihati mereka dengan tegas: “Patuhilah firman-Ku.” Sampai hari ini, Aku masih menasihati mereka tentang hal itu. Ya, Aku telah berbuat demikian berkali-kali.+ 8 Namun, mereka menutup telinga mereka dan tidak mahu mendengar. Mereka berkeras untuk mengikut keinginan hati mereka yang jahat.+ Oleh itu, Aku menyebabkan kata-kata dalam perjanjian ini menimpa mereka kerana mereka enggan mematuhi perintah-Ku.’”
-