PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ezra 1:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 1 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Yehuwa memastikan apa yang difirmankan oleh-Nya melalui Yeremia+ menjadi kenyataan. Yehuwa menggerakkan hati Raja Kores dari Persia untuk mengeluarkan satu perintah yang akan dicatat lalu diumumkan di seluruh kerajaannya.+ Perintah itu berbunyi:

      2 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+

  • Yesaya 41:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Aku telah membangkitkan seseorang dari timur,+ seorang yang menyeru nama-Ku.

      Dia akan datang dari arah utara+

      Dan memijak-mijak para pemerintah* seolah-olah mereka itu tanah liat.+

      Dia akan memijak mereka sepertimana tukang tembikar memijak tanah liat.

  • Yesaya 45:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Yesaya 46:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Aku memanggil seseorang dari negeri yang jauh untuk melaksanakan tujuan-Ku;*+

      Dia akan datang dari timur seperti seekor burung pemangsa.+

      Apa yang Aku firmankan, pasti Aku lakukan.

      Tujuan yang Aku tetapkan, pasti Aku laksanakan.+

  • Daniel 10:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Daniel, yang juga dipanggil Beltesazar,+ mendapat perkhabaran tentang suatu konflik yang besar. Perkhabaran itu benar. Daniel diberi pemahaman tentang apa yang dilihatnya, dan dia memahami perkhabaran itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi