PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ezra 1:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 1 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Yehuwa memastikan apa yang difirmankan oleh-Nya melalui Yeremia+ menjadi kenyataan. Yehuwa menggerakkan hati Raja Kores dari Persia untuk mengeluarkan satu perintah yang akan dicatat lalu diumumkan di seluruh kerajaannya.+ Perintah itu berbunyi:

      2 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+

  • Yesaya 44:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Mengenai Kores,+ Aku berfirman, ‘Dialah gembala yang Aku lantik.

      Dia pasti akan melaksanakan segala kehendak-Ku.’+

      Mengenai Yerusalem, Aku berfirman, ‘Kota itu akan dibina semula.’

      Mengenai Rumah-Ku, Aku berfirman, ‘Asasnya akan diletakkan.’”+

  • Yesaya 48:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Berkumpullah dan dengarlah, kamu semua!

      Dewa manakah* yang telah mengisytiharkan hal-hal ini?

      Orang yang Aku, Yehuwa, kasihi+

      Akan melaksanakan kehendak-Ku terhadap Babilon.+

      Tangannya akan menyerang orang Kasdim.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi