-
Matius 8:14-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Semasa Yesus masuk ke dalam rumah Petrus, dia nampak ibu mentua Petrus+ berbaring di tempat tidur kerana demam.+ 15 Dia menyentuh tangannya+ dan demamnya pun hilang. Kemudian ibu mentua Petrus bangun lalu mula melayaninya. 16 Apabila hari sudah petang, orang ramai membawa banyak orang yang dirasuk roh-roh jahat kepadanya. Yesus mengusir roh-roh jahat itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua orang sakit. 17 Dia berbuat demikian supaya nubuat Nabi Yesaya yang berikut menjadi kenyataan: “Dia menyembuhkan penyakit kita dan menanggung penderitaan kita.”+
-