-
Markus 1:29-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Selepas itu mereka meninggalkan rumah ibadat lalu pergi ke rumah Simon dan Andreas. Yakobus dan Yohanes juga mengikut mereka.+ 30 Pada masa itu, ibu mentua Simon+ berbaring di tempat tidur kerana demam. Oleh itu, mereka segera memberitahu Yesus tentang hal itu. 31 Yesus menghampiri ibu mentua Simon lalu memegang tangannya dan membantu dia bangun. Demamnya pun hilang dan dia mula melayani mereka.
32 Pada lewat petang, selepas matahari terbenam, orang mula membawa sesiapa sahaja yang sakit dan dirasuk roh jahat kepadanya.+ 33 Semua penduduk kota berkumpul di pintu rumah itu, 34 lalu Yesus menyembuhkan ramai orang yang menghidap pelbagai penyakit+ dan mengusir banyak roh jahat. Dia tidak mengizinkan roh-roh jahat untuk mengatakan apa-apa, kerana mereka tahu bahawa dia ialah Kristus.*
-
-
Lukas 4:38-41Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
38 Selepas meninggalkan rumah ibadat, dia masuk ke dalam rumah Simon. Pada masa itu, ibu mentua Simon menderita kerana demam panas, maka mereka meminta Yesus membantu dia.+ 39 Yesus berdiri di sisinya lalu menyembuhkan demamnya. Dengan serta-merta, dia berdiri dan mula melayani mereka.
40 Semasa matahari terbenam, semua orang sakit dibawa kepada Yesus. Dengan meletakkan tangannya ke atas setiap orang, dia telah menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.+ 41 Roh-roh jahat juga keluar daripada banyak orang sambil berseru, “Kamu Anak Tuhan.”+ Tetapi Yesus menegur roh-roh jahat itu dan tidak mengizinkan mereka untuk mengatakan apa-apa,+ kerana mereka tahu bahawa dia ialah Kristus.+
-