-
Hakim-Hakim 17:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Mikha mengembalikan 1,100 keping wang perak itu kepada ibunya tetapi ibunya berkata, “Perak yang ada di dalam tanganku ini akan aku persembahkan kepada Yehuwa, supaya anakku dapat menggunakannya untuk membuat patung berukir dan patung daripada logam.+ Kini, aku mengembalikan perak itu kepadamu.”
4 Selepas Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya, ibunya mengambil 200 keping wang perak dan memberikannya kepada seorang tukang perak. Tukang itu membuat sebuah patung berukir dan sebuah patung daripada logam. Patung-patung itu diletakkan di rumah Mikha.
-