PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 17
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Hakim-Hakim

      • Patung-patung Mikha dan imamnya (1-13)

Hakim-Hakim 17:1

Rujukan Silang

  • +Yos 17:14, 15

Hakim-Hakim 17:3

Rujukan Silang

  • +Kel 20:4; Im 26:1; Ul 27:15

Hakim-Hakim 17:5

Nota kaki

  • *

    Atau “patung dewa dewi keluarga; patung berhala.”

Rujukan Silang

  • +Kel 28:6; Hak 8:27
  • +Kej 31:19
  • +Bil 3:10; Ul 12:11, 13; 2Ta 13:8, 9

Hakim-Hakim 17:6

Rujukan Silang

  • +1Sa 8:4, 5
  • +Hak 21:25

Hakim-Hakim 17:7

Rujukan Silang

  • +Bil 3:45; Yos 14:3; 18:7
  • +Mi 5:2

Hakim-Hakim 17:8

Rujukan Silang

  • +Hak 17:1, 5

Hakim-Hakim 17:10

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “bapa.”

Hakim-Hakim 17:12

Rujukan Silang

  • +Bil 3:10; Hak 17:5

Lain

Hak. 17:1Yos 17:14, 15
Hak. 17:3Kel 20:4; Im 26:1; Ul 27:15
Hak. 17:5Kel 28:6; Hak 8:27
Hak. 17:5Kej 31:19
Hak. 17:5Bil 3:10; Ul 12:11, 13; 2Ta 13:8, 9
Hak. 17:61Sa 8:4, 5
Hak. 17:6Hak 21:25
Hak. 17:7Bil 3:45; Yos 14:3; 18:7
Hak. 17:7Mi 5:2
Hak. 17:8Hak 17:1, 5
Hak. 17:12Bil 3:10; Hak 17:5
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Hakim-Hakim 17:1-13

Hakim-Hakim

17 Ada seorang lelaki bernama Mikha yang tinggal di kawasan pergunungan Efraim.+ 2 Dia berkata kepada ibunya, “Dahulu ketika orang mengambil 1,100 keping wang perak kepunyaan mak, saya mendengar mak mengutuk orang itu. Sebenarnya, sayalah yang mengambil wang perak itu. Wang itu masih ada pada saya.” Lalu ibunya berkata, “Semoga Yehuwa memberkatimu, anakku.” 3 Mikha mengembalikan 1,100 keping wang perak itu kepada ibunya tetapi ibunya berkata, “Perak yang ada di dalam tanganku ini akan aku persembahkan kepada Yehuwa, supaya anakku dapat menggunakannya untuk membuat patung berukir dan patung daripada logam.+ Kini, aku mengembalikan perak itu kepadamu.”

4 Selepas Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya, ibunya mengambil 200 keping wang perak dan memberikannya kepada seorang tukang perak. Tukang itu membuat sebuah patung berukir dan sebuah patung daripada logam. Patung-patung itu diletakkan di rumah Mikha. 5 Mikha mempunyai sebuah tempat penyembahan. Dia membuat efod+ dan patung-patung terafim*+ lalu melantik salah seorang anak lelakinya untuk menjadi imamnya.+ 6 Pada masa itu, umat Israel belum mempunyai raja.+ Setiap orang melakukan apa yang dianggap benar dalam pandangannya sendiri.+

7 Pada masa itu, ada seorang pemuda daripada keluarga Yehuda dalam suku Lewi.+ Dia tinggal di kota Betlehem+ di kawasan Yehuda untuk beberapa waktu. 8 Kemudian, dia meninggalkan kota Betlehem di Yehuda untuk mencari tempat tinggal yang lain. Dalam perjalanannya, dia tiba di rumah Mikha di kawasan pergunungan Efraim.+ 9 Mikha bertanya kepadanya, “Kamu datang dari mana?” Pemuda itu menjawab, “Aku orang Lewi dari kota Betlehem di Yehuda, dan aku hendak mencari tempat tinggal.” 10 Mikha pun berkata kepadanya, “Tinggallah bersamaku. Jadilah penasihat* dan imamku. Aku akan memberimu 10 keping wang perak setahun, sepasang pakaian, dan menyediakan makananmu.” Maka orang Lewi itu masuk ke dalam rumahnya. 11 Demikianlah orang Lewi itu tinggal bersama Mikha. Mikha memperlakukan pemuda itu seperti anaknya sendiri. 12 Mikha juga melantik orang Lewi itu sebagai imamnya,+ lalu dia tinggal di rumah Mikha. 13 Mikha berkata, “Sekarang aku tahu bahawa Yehuwa akan berbuat baik kepadaku, kerana aku mempunyai seorang imam daripada suku Lewi.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi