-
Ulangan 12:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Yehuwa, Tuhan kamu, akan memilih satu tempat untuk memuliakan nama-Nya.+ Bawalah semua yang telah aku perintahkan kepada kamu, iaitu korban bakar dan korban-korban lain kamu, sumbangan dan persepuluhan kamu,+ dan persembahan yang kamu berikan untuk menunaikan ikrar, ke tempat yang telah dipilih oleh Yehuwa itu.
-
-
Ulangan 12:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Jangan mempersembahkan korban bakar di tempat-tempat lain dengan sesuka hati.+
-
-
2 Tawarikh 13:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 “Adakah kamu fikir bahawa kamu dapat melawan kerajaan Yehuwa yang telah diberikan kepada keturunan Daud? Janganlah berfikir bahawa kamu akan berjaya kerana bilanganmu banyak, atau kerana kamu memiliki patung anak lembu emas yang dibuat oleh Yerobeam untuk dijadikan sebagai tuhan kamu.+ 9 Kamu telah menghalau imam-imam Yehuwa,+ iaitu keturunan Harun dan orang Lewi. Kemudian kamu melantik imam sendiri seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa negeri lain.+ Kamu menerima sesiapa sahaja yang datang dengan membawa seekor anak lembu jantan dan tujuh ekor biri-biri jantan, dan melantik mereka menjadi imam untuk sesuatu yang bukannya Tuhan.
-