PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 18:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Pada tahun ke-14 pemerintahan Raja Hizkia, Raja Sanherib dari Assyria+ menyerang semua kota berkubu di Yehuda lalu menakluki kota-kota itu.+

  • 2 Tawarikh 32:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 32 Selepas Hizkia melakukan hal-hal itu dengan setia,+ Raja Sanherib dari Assyria datang untuk menyerang Yehuda. Dia mengepung kota-kota berkubu di situ dan ingin menembusi pertahanan kota-kota itu untuk menawannya.+

  • Yesaya 8:7, 8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Lihatlah! Aku, Yehuwa, akan menghanyutkan mereka

      Dengan air Sungai Efrat yang banyak dan deras.

      Aku akan memanggil raja Assyria,+

      Dan dia akan datang dengan seluruh angkatan tenteranya.

      Sebagaimana air Sungai Efrat melimpahi tebingnya,

       8 Dia akan mencerobohi kawasan Yehuda.

      Dia akan menjadi seperti banjir yang setinggi paras leher.+

      Hai Imanuel,*+

      Dia akan membentangkan sayapnya dan menutupi seluruh negerimu!”

  • Yesaya 10:28-32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Raja Assyria sudah sampai di Aiyat;+

      Dia sudah melintasi Migron;

      Dia sudah meninggalkan barang-barangnya di Mikhmas.+

      29 Tenteranya sudah menyeberangi sungai

      Dan bermalam di Geba.+

      Penduduk Rama gementar, dan orang dari Gibea,+ kota Saul, sudah melarikan diri.+

      30 Berteriaklah hai penduduk Galim!

      Dengarlah hai penduduk Laishah!

      Alangkah malangnya kamu, hai penduduk Anatot!+

      31 Penduduk Madmena telah melarikan diri.

      Orang di Gebim sedang mencari perlindungan.

      32 Pada hari itu juga, raja Assyria berhenti di Nob.+

      Dia mengayunkan penumbuknya ke arah kota yang terletak di Gunung Sion;

      Dia mengancam Yerusalem yang terletak di atas sebuah gunung.

  • Yesaya 33:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Jalan besar sudah menjadi sunyi sepi;

      Tiada orang yang lalu di jalan itu.

      Musuh kita telah memungkiri perjanjian yang dibuat;

      Mereka telah menghina* kota-kota;

      Mereka tidak mengendahkan sesiapa pun.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi