PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 18:19-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Oleh itu, ketua pengurus minuman itu berkata kepada mereka, “Beritahulah Hizkia, ‘Inilah kata-kata raja Assyria yang agung: “Mengapakah kamu begitu yakin?+ 20 Kamu berkata, ‘Beta ada rancangan dan beta juga mempunyai kekuatan untuk berperang,’ tetapi kata-katamu itu semuanya kata-kata kosong sahaja. Pada siapakah kamu harapkan sehingga kamu berani memberontak menentang beta?+ 21 Lihatlah! Kamu mengharapkan bantuan dari Mesir. Mesir bagaikan buluh yang telah patah+ dan menusuk tapak tangan orang yang bersandar padanya. Itulah kesudahan bagi sesiapa yang berharap kepada Firaun, raja Mesir itu. 22 Nah, kamu semua berkata kepada beta, ‘Kami mengharapkan bantuan daripada Yehuwa, Tuhan kami,’+ tetapi bukankah Hizkia yang telah memusnahkan tempat-tempat pemujaan dan mazbah-Nya?+ Bukankah Hizkia juga yang menyuruh penduduk Yehuda dan Yerusalem, ‘Kamu harus bersujud di mazbah yang ada di Yerusalem sahaja’?”’+ 23 Sekarang, marilah bertaruh dengan tuanku, raja Assyria. Tuanku berkata, ‘Jika beta memberi kamu 2,000 ekor kuda, dapatkah kamu mencari penunggang kuda sebanyak itu?+ 24 Biarpun Mesir menghantar kereta kuda dan pasukan berkuda kepada kamu, dapatkah kamu mengalahkan pegawai beta yang paling rendah pangkatnya? 25 Fikirkanlah, adakah beta dapat menyerang tempat ini tanpa izin daripada Yehuwa? Yehuwa sendiri yang berfirman kepada beta, “Seranglah dan musnahkanlah negeri ini.”’”

  • 2 Raja-Raja 19:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Beritahulah Raja Hizkia dari Yehuda, ‘Tuhan yang kamu percayai mungkin berfirman, “Yerusalem tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria.” Tetapi janganlah terpedaya dengan kata-kata-Nya itu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi