-
Ezra 4:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Musuh orang Yehuda dan Benyamin+ mendapat tahu bahawa orang yang telah pulang daripada pembuangan+ sedang membina semula Rumah Yehuwa, Tuhan orang Israel. 2 Maka mereka segera pergi berjumpa dengan Zerubabel dan ketua-ketua puak. Mereka berkata, “Benarkanlah kami membina rumah ini bersama-sama kamu. Seperti kamu, kami juga menyembah Tuhan kamu+ dan mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Raja Esar-hadon+ dari Assyria. Dialah yang telah membawa kami ke sini.”+
-