PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 28:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Ahas+ menjadi raja apabila dia berusia 20 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Dia tidak seperti nenek moyangnya Daud, yang melakukan apa yang benar di mata Yehuwa.+

  • 2 Tawarikh 28:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Dia juga membakar korban di Lembah Hinom* sehingga asap naik dan membakar anak lelakinya di dalam api.+ Dia mengikut perbuatan keji yang diamalkan oleh bangsa-bangsa+ yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.

  • 2 Tawarikh 33:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 Manasye+ menjadi raja semasa dia berusia 12 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 55 tahun.+

  • 2 Tawarikh 33:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Dia membakar anak-anak lelakinya di dalam api*+ di Lembah Hinom,+ mengamalkan ilmu sihir+ dan ilmu ramal, melantik bomoh, dan melantik tukang tilik.+ Dia membangkitkan kemurkaan Yehuwa dengan melakukan begitu banyak dosa di hadapan-Nya.

  • Yeremia 7:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Mereka telah membina tempat-tempat ibadat* di Tofet, yang terletak di Lembah Hinom,*+ supaya mereka dapat membakar anak-anak mereka di dalam api,+ padahal Aku tidak pernah menyuruh mereka berbuat demikian. Hal itu bahkan tidak pernah terlintas dalam fikiran-Ku.’*+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi