PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 2:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Pada hari-hari terakhir,

      Gunung tempat Rumah Yehuwa

      Akan berdiri teguh dan menjadi lebih tinggi daripada puncak gunung yang lain+

      Serta menjadi lebih tinggi daripada semua bukit.

      Orang daripada segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana.+

       3 Banyak bangsa akan datang dan berkata,

      “Marilah kita naik ke gunung Yehuwa

      Dan ke Rumah Tuhan Yakub.+

      Dia akan mengajar kita haluan-Nya,

      Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”+

      Hukum* akan keluar dari Sion,

      Dan firman Yehuwa akan keluar dari Yerusalem.+

  • Yesaya 56:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Jika orang asing menyembah Aku, Yehuwa,

      Kerana mereka mengasihi nama Aku, Yehuwa,+

      Dan ingin berkhidmat kepada-Ku serta menjadi hamba-Ku,

      Dan jika mereka menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum Sabat

      Serta berpegang teguh pada perjanjian-Ku,

       7 Aku juga akan membawa mereka ke gunung suci-Ku+

      Dan memberi mereka sukacita di dalam rumah doa-Ku.

      Aku akan menerima korban bakar dan korban-korban lain yang dipersembahkan oleh mereka di atas mazbah-Ku.

      Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa bagi semua bangsa.”+

  • Yesaya 60:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Bangsa-bangsa akan datang kepada cahayamu,+

      Dan raja-raja+ akan tertarik kepada sinaranmu yang gemilang.*+

  • Mikha 4:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Pada hari-hari terakhir,

      Gunung tempat Rumah Yehuwa+

      Akan berdiri teguh dan menjadi lebih tinggi daripada puncak gunung yang lain,

      Serta menjadi lebih tinggi daripada semua bukit.

      Orang ramai akan berduyun-duyun ke sana.+

       2 Banyak bangsa akan pergi dan berkata,

      “Marilah kita naik ke gunung Yehuwa,

      Dan ke Rumah Tuhan Yakub.+

      Dia akan mengajar kita haluan-Nya,

      Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”

      Hukum* akan keluar dari Sion,

      Dan firman Yehuwa akan keluar dari Yerusalem.

  • Zakharia 2:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “Pada hari itu, banyak bangsa akan berpihak kepada Aku, Yehuwa, dan menjadi umat-Ku.+ Aku akan tinggal dalam kalangan kamu.” Ketika itu, kamu akan tahu bahawa Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah mengutus aku kepada kamu.

  • Zakharia 8:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Banyak orang dan banyak bangsa yang kuat akan datang ke Yerusalem+ untuk mencari Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, dan memohon perkenan Aku, Yehuwa.’

      23 “‘Pada masa itu, 10 orang daripada semua bangsa dan bahasa+ akan memegang jubah* seorang Yahudi dengan erat sambil berkata, “Kami hendak pergi bersama-samamu,+ kerana kami sudah mendengar bahawa Tuhan menyertai kamu.”’+ Demikianlah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi