PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 21:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “‘“Selepas itu,” firman Yehuwa, “Raja Zedekia, iaitu raja Yehuda, bersama para pegawainya dan rakyat di dalam kota ini yang terselamat daripada penyakit, pedang, dan kebuluran, akan Aku serahkan ke dalam tangan Raja Nebukadnezar dari Babilon. Ya, mereka semua akan diserahkan ke dalam tangan musuh-musuh mereka yang ingin meragut nyawa mereka.+ Raja itu tidak akan mengasihani mereka dan akan membunuh mereka dengan pedang. Dia akan membunuh mereka semua tanpa rasa belas kasihan dan tanpa ampun.”’+

  • Yeremia 24:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 “‘Sebaliknya, inilah firman Yehuwa berkenaan buah ara yang begitu buruk itu,+ yang tidak dapat dimakan: “Aku menganggap Raja Zedekia+ dari Yehuda, para pemimpinnya, penduduk Yerusalem yang masih tinggal di negeri ini, dan orang yang tinggal di Mesir, seperti buah ara yang buruk itu.+

  • Yeremia 34:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Aku akan menyerahkan Zedekia, iaitu raja Yehuda, dan para pemimpinnya ke dalam tangan musuh-musuh mereka yang ingin membunuh mereka, dan ke dalam tangan tentera raja Babilon+ yang sedang berundur daripada kamu.’+

  • Yehezkiel 12:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Pemimpin mereka akan memikul barang-barangnya di atas bahu dan berangkat dalam kegelapan. Dia akan membuat lubang pada dinding rumahnya, dan membawa barang-barangnya keluar melalui lubang itu.+ Dia akan menutupi mukanya supaya dia tidak dapat melihat tanah.’ 13 Aku akan membentangkan jaring-Ku ke atas pemimpin itu dan menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon, ke negeri orang Kasdim, tetapi dia akan mati di situ tanpa melihat kota itu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi