PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 25:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Selepas mereka menangkap Zedekia,+ mereka membawanya kepada raja Babilon di Ribla untuk diadili. 7 Mereka membunuh anak-anak lelaki Zedekia di depan matanya. Setelah itu, Nebukadnezar membutakan mata Zedekia dan mengikatnya dengan rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+

  • Yeremia 37:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Kemudian Raja Zedekia memanggil Yeremia ke istana dan menyoalnya secara rahsia,+ “Adakah kamu mendapat perkhabaran daripada Yehuwa?” Yeremia menjawab, “Ya!” dan menyambung, “Tuanku akan diserahkan ke dalam tangan raja Babilon!”+

  • Yeremia 39:5-7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Tetapi tentera Kasdim mengejar mereka dan menemui Zedekia di padang gurun Yerikho.+ Zedekia ditangkap dan dibawa menghadap Nebukadnezar, raja Babilon. Dia dibawa ke Ribla,+ yang terletak di tanah Hamat,+ dan raja Babilon menjatuhkan hukuman atasnya di situ. 6 Di Ribla, raja Babilon membunuh anak-anak lelaki Zedekia di depan mata Zedekia. Raja Babilon juga membunuh semua bangsawan Yehuda.+ 7 Kemudian raja membutakan mata Zedekia dan mengikatnya dengan rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+

  • Yeremia 52:9-11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Selepas mereka menangkap Zedekia, mereka membawanya kepada raja Babilon untuk diadili. Dia dibawa ke Ribla yang terletak di tanah Hamat. 10 Raja Babilon membunuh anak-anak lelaki Zedekia di depan matanya. Setelah itu, Nebukadnezar juga membunuh semua pemimpin Yehuda di Ribla. 11 Kemudian raja Babilon membutakan mata Zedekia+ dan mengikatnya dengan rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon. Zedekia dipenjarakan di situ sehingga dia mati.

  • Yehezkiel 17:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Aku akan membentangkan jaring yang digunakan oleh pemburu untuk menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon dan menghakiminya di situ kerana dia tidak setia kepada-Ku.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi