PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 17
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Perumpamaan tentang dua ekor helang dan sebatang pokok anggur (1-21)

      • Tunas yang muda bertumbuh menjadi pokok sedar yang megah (22-24)

Yehezkiel 17:2

Rujukan Silang

  • +Ho 12:10

Yehezkiel 17:3

Rujukan Silang

  • +Ul 28:49, 50; Yer 4:13; Rat 4:19
  • +Yer 22:23
  • +2Ra 24:12; 2Ta 36:9, 10; Yer 24:1

Yehezkiel 17:4

Nota kaki

  • *

    Atau “tanah para pedagang.”

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:15

Yehezkiel 17:5

Nota kaki

  • *

    Iaitu, pokok willow.

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:17; Yer 37:1

Yehezkiel 17:6

Rujukan Silang

  • +Yeh 17:13, 14
  • +2Ta 36:11

Yehezkiel 17:7

Rujukan Silang

  • +Yeh 17:15
  • +Yer 37:5, 7
  • +2Ra 24:20; 2Ta 36:11, 13

Yehezkiel 17:8

Rujukan Silang

  • +Yer 37:1

Yehezkiel 17:9

Rujukan Silang

  • +Yer 21:7
  • +2Ra 25:7

Yehezkiel 17:12

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:12, 14; Yes 39:7; Yer 22:24, 25; 52:31, 32

Yehezkiel 17:13

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:17; Yer 37:1
  • +2Ta 36:11, 13
  • +2Ra 24:15; Yer 24:1

Yehezkiel 17:14

Rujukan Silang

  • +Yer 27:12; 38:17

Yehezkiel 17:15

Rujukan Silang

  • +2Ra 24:20; 2Ta 36:11, 13
  • +Ul 17:16
  • +Yer 37:5
  • +Yer 32:3, 4

Yehezkiel 17:16

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Nebukadnezar.

  • *

    Iaitu, Zedekia.

Rujukan Silang

  • +Yer 34:2, 3; 52:11

Yehezkiel 17:17

Nota kaki

  • *

    Gelaran bagi raja Mesir.

Rujukan Silang

  • +Yer 37:7, 8; Rat 4:17; Yeh 29:6

Yehezkiel 17:19

Rujukan Silang

  • +Ul 5:11

Yehezkiel 17:20

Rujukan Silang

  • +Yeh 12:13
  • +Yeh 20:36

Yehezkiel 17:21

Rujukan Silang

  • +Yeh 12:14
  • +Yeh 6:13

Yehezkiel 17:22

Rujukan Silang

  • +Yes 11:1; Yer 23:5
  • +Yes 53:2
  • +Mz 2:6

Yehezkiel 17:24

Rujukan Silang

  • +Yes 9:6; Yeh 21:26, 27; Da 4:17; Amo 9:11
  • +1Sa 2:7, 8; Lu 1:52

Lain

Yeh. 17:2Ho 12:10
Yeh. 17:3Ul 28:49, 50; Yer 4:13; Rat 4:19
Yeh. 17:3Yer 22:23
Yeh. 17:32Ra 24:12; 2Ta 36:9, 10; Yer 24:1
Yeh. 17:42Ra 24:15
Yeh. 17:52Ra 24:17; Yer 37:1
Yeh. 17:6Yeh 17:13, 14
Yeh. 17:62Ta 36:11
Yeh. 17:7Yeh 17:15
Yeh. 17:7Yer 37:5, 7
Yeh. 17:72Ra 24:20; 2Ta 36:11, 13
Yeh. 17:8Yer 37:1
Yeh. 17:9Yer 21:7
Yeh. 17:92Ra 25:7
Yeh. 17:122Ra 24:12, 14; Yes 39:7; Yer 22:24, 25; 52:31, 32
Yeh. 17:132Ra 24:17; Yer 37:1
Yeh. 17:132Ta 36:11, 13
Yeh. 17:132Ra 24:15; Yer 24:1
Yeh. 17:14Yer 27:12; 38:17
Yeh. 17:152Ra 24:20; 2Ta 36:11, 13
Yeh. 17:15Ul 17:16
Yeh. 17:15Yer 37:5
Yeh. 17:15Yer 32:3, 4
Yeh. 17:16Yer 34:2, 3; 52:11
Yeh. 17:17Yer 37:7, 8; Rat 4:17; Yeh 29:6
Yeh. 17:19Ul 5:11
Yeh. 17:20Yeh 12:13
Yeh. 17:20Yeh 20:36
Yeh. 17:21Yeh 12:14
Yeh. 17:21Yeh 6:13
Yeh. 17:22Yes 11:1; Yer 23:5
Yeh. 17:22Yes 53:2
Yeh. 17:22Mz 2:6
Yeh. 17:24Yes 9:6; Yeh 21:26, 27; Da 4:17; Amo 9:11
Yeh. 17:241Sa 2:7, 8; Lu 1:52
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 17:1-24

Yehezkiel

17 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, sampaikanlah sebuah teka-teki dan ceritakanlah sebuah perumpamaan tentang bangsa Israel.+ 3 Engkau haruslah berkata, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Ada seekor burung helang yang besar.+ Sayapnya lebar, bulu pelepah pada hujung sayapnya panjang, dan bulunya lebat dan berwarna-warni. Helang itu terbang ke Lebanon+ lalu mematahkan pucuk sebatang pokok sedar.+ 4 Helang itu mengambil pucuk dari bahagian paling atas pokok itu, lalu membawanya ke tanah Kanaan* dan meletakkannya di kota para pedagang.+ 5 Kemudian helang itu mengambil beberapa biji benih di tanah+ dan menanam benih-benih itu di sebuah ladang yang subur, seperti menanam pokok* di tempat yang ada banyak air. 6 Benih itu pun bertunas dan bertumbuh menjadi sebatang pokok anggur yang renek.+ Dahannya menjalar ke luar, daunnya melengkung ke dalam, dan akarnya bertumbuh ke bawah. Demikianlah benih itu menjadi sebatang pokok anggur yang mempunyai dahan dan pucuk.+

7 “‘“Kemudian datang lagi seekor burung helang yang besar.+ Sayapnya lebar, dan bulu pelepah pada hujung sayapnya panjang.+ Pokok anggur itu, yang berada di tapak semaiannya, cepat-cepat mengarahkan akarnya ke arah burung yang kedua itu. Dahan-dahannya mengarah ke arah burung itu dengan harapan agar burung itu akan memberinya air,+ 8 padahal pokok itu sudah ditanam di tempat yang subur dan berair agar dahan dan buahnya dapat bertumbuh, dan menjadi pokok anggur yang baik sekali.”’+

9 “Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Dapatkah pokok ini bertumbuh dengan subur? Tidakkah seseorang akan mencabut akarnya+ sehingga buahnya menjadi buruk dan tunasnya layu?+ Pokok ini akan menjadi begitu kering sehingga mudah untuk dicabut. Tidak perlu tangan yang kuat atau banyak orang untuk mencabut akar-akarnya. 10 Biarpun pokok ini dipindah dan ditanam semula, dapatkah pokok ini bertumbuh dengan subur? Tidakkah pokok ini akan layu sama sekali apabila ditiup angin timur? Sememangnya pokok ini akan layu di tapak semaiannya.”’”

11 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 12 “Beritahulah bangsa yang suka memberontak itu, ‘Adakah kamu tahu makna hal-hal ini?’ Katakanlah kepada mereka, ‘Lihat! Raja Babilon telah datang ke Yerusalem lalu membawa raja dan para pemimpin di situ ke Babilon sebagai tawanan.+ 13 Selain itu, raja Babilon membawa salah seorang kerabat diraja+ dari situ dan membuat perjanjian dengannya lalu menyuruhnya bersumpah.+ Raja juga menawan para pembesar negeri itu+ 14 supaya negeri itu menjadi lemah dan tidak dapat bangkit. Negeri itu dapat terus wujud hanya jika perjanjiannya ditepati.+ 15 Tetapi akhirnya raja negeri itu memberontak+ dan mengirim utusan ke Mesir untuk mendapatkan kuda+ dan angkatan tentera yang besar.+ Adakah raja negeri itu akan berjaya? Dapatkah dia berbuat demikian tanpa dijatuhi hukuman? Dapatkah dia memungkiri perjanjian dan melepaskan diri?’+

16 “‘“Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa raja negeri itu akan mati di Babilon, iaitu tempat tinggal raja* yang telah melantik dia* menjadi raja. Hal ini demikian kerana dia telah melanggar perjanjian itu dan memandang ringan sumpahnya.+ 17 Semua askar dalam angkatan tentera Firaun* pun tidak dapat membantunya+ ketika tentera Babilon membuat timbunan tanah dan benteng untuk meragut nyawa ramai orang. 18 Dia telah memandang ringan sumpahnya dan melanggar perjanjian itu. Meskipun dia telah berjanji, dia masih melakukan semua hal ini. Oleh itu, dia tidak akan melepaskan diri.”’

19 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa Aku akan mendatangkan malapetaka atasnya kerana dia telah memandang ringan sumpah-Ku+ dan melanggar perjanjian-Ku. 20 Aku akan membentangkan jaring yang digunakan oleh pemburu untuk menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon dan menghakiminya di situ kerana dia tidak setia kepada-Ku.+ 21 Semua askarnya yang melarikan diri akan dibunuh dengan pedang, dan mereka yang masih hidup akan tercerai-berai ke setiap arah.+ Kemudian kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah berfirman.”’+

22 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengambil tunas dari puncak pokok sedar yang tinggi+ lalu menanamnya. Ya, dari atas dahan pokok itu, Aku akan memetik tunas yang muda+ lalu menanamnya di atas gunung yang tinggi.+ 23 Tunas yang ditanam di atas gunung yang tinggi di Israel akan bertumbuh. Dahan-dahannya akan bertumbuh, lalu pokok itu akan menghasilkan buah dan menjadi sebatang pokok sedar yang megah. Pelbagai jenis burung akan tinggal di bawahnya dan bernaung di bawah daun-daunnya. 24 Semua pokok di padang akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah meninggikan pokok yang rendah+ dan merendahkan pokok yang tinggi. Aku telah membuat pokok yang subur menjadi layu, dan membuat pokok yang layu menjadi subur.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman dan Aku telah melaksanakannya.”’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi