PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 24:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Raja Yehoyakhin dari Yehuda bersama ibunya, para pegawainya, pemimpinnya, dan pegawai istananya+ menyerah diri kepada raja Babilon.+ Raja Babilon pun mengambil Yehoyakhin sebagai tawanan pada tahun kelapan pemerintahannya.+

  • 2 Raja-Raja 24:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Raja juga membawa semua penduduk Yerusalem, termasuk pemimpin,+ pahlawan yang gagah, tukang seni, dan tukang besi,*+ sebagai tawanan. Jumlah yang ditawannya ialah 10,000 orang. Tiada seorang pun yang ditinggalkan di negeri itu kecuali rakyat yang paling miskin.+

  • Yesaya 39:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 ‘Beberapa orang daripada keturunanmu akan dibawa ke Babilon dan dijadikan pegawai istana raja Babilon.’”+

  • Yeremia 22:24, 25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, ‘bahawa meskipun engkau, Konia*+ anak Yehoyakim,+ raja Yehuda, merupakan cincin mohor pada tangan kanan-Ku, Aku masih akan menanggalkan engkau dari tangan-Ku! 25 Aku akan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang yang ingin meragut nyawamu dan orang yang engkau takuti, iaitu ke dalam tangan Raja Nebukadnezar dari Babilon dan ke dalam tangan orang Kasdim.+

  • Yeremia 52:31, 32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Selepas Ewil-merodakh menjadi raja Babilon, dia membebaskan Raja Yehoyakhin+ dari penjara. Hal ini berlaku pada hari ke-25, bulan ke-12, tahun ke-37 setelah Raja Yehoyakhin ditawan dari Yehuda.+ 32 Ewil-merodakh memperlakukan Yehoyakhin dengan baik dan memberinya kedudukan yang lebih tinggi daripada raja-raja lain yang ada bersamanya di Babilon.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi