PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 18
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Setiap orang akan menanggung dosa masing-masing (1-32)

        • Orang yang berdosa akan mati (4)

        • Anak tidak perlu menanggung dosa bapanya (19, 20)

        • Tidak suka melihat orang jahat mati (23)

        • Orang yang bertaubat akan tetap hidup (27, 28)

Yehezkiel 18:2

Rujukan Silang

  • +Yer 31:29, 30

Yehezkiel 18:4

Nota kaki

  • *

    Atau “Jiwa.” Lihat Kamus.

  • *

    Atau “Jiwa.” Lihat Kamus.

Yehezkiel 18:6

Nota kaki

  • *

    Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.

Rujukan Silang

  • +Ul 12:2; Yer 3:6
  • +Im 20:10
  • +Im 18:19; 20:18

Yehezkiel 18:7

Rujukan Silang

  • +Ams 14:21
  • +Ul 24:12, 13
  • +Im 6:2, 4
  • +Ul 15:11
  • +Yes 58:6, 7; Yak 2:15, 16

Yehezkiel 18:8

Rujukan Silang

  • +Kel 22:25; Mz 15:5; Lu 6:34, 35
  • +Im 19:35
  • +Im 19:15; 25:14; Ul 1:16

Yehezkiel 18:9

Rujukan Silang

  • +Im 18:5

Yehezkiel 18:10

Rujukan Silang

  • +Im 19:13
  • +Kej 9:6; Kel 21:12

Yehezkiel 18:12

Rujukan Silang

  • +Ul 15:7, 8
  • +Im 26:30
  • +2Ra 21:11

Yehezkiel 18:13

Rujukan Silang

  • +Yeh 22:12

Yehezkiel 18:19

Rujukan Silang

  • +Ul 16:20; Rm 10:5

Yehezkiel 18:20

Nota kaki

  • *

    Atau “Jiwa.” Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Ul 24:16; Yer 31:30; Yeh 18:4
  • +Yes 3:10, 11; Ga 6:7

Yehezkiel 18:21

Rujukan Silang

  • +Yes 55:7; Yeh 3:21; 33:12, 19; Kis 3:19

Yehezkiel 18:22

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “diingati.”

Rujukan Silang

  • +2Ta 33:12, 13; Mz 25:7; Yes 43:25
  • +Yeh 33:16

Yehezkiel 18:23

Rujukan Silang

  • +Rat 3:33; Yeh 33:11; 1Ti 2:3, 4; 2Pt 3:9
  • +Mi 7:18

Yehezkiel 18:24

Nota kaki

  • *

    Atau “dan bertindak dengan tidak adil.”

Rujukan Silang

  • +Yeh 33:12, 18; Ibr 10:38; 2Yo 8
  • +Ams 21:16; Yeh 3:20

Yehezkiel 18:25

Rujukan Silang

  • +Ayb 35:2; Ams 19:3; Yeh 33:17, 20
  • +Ul 32:4
  • +Yes 55:9; Yer 2:17

Yehezkiel 18:27

Rujukan Silang

  • +Yes 55:7; 1Ti 4:16

Yehezkiel 18:29

Rujukan Silang

  • +Kej 18:25; Mz 145:17; Yes 40:14

Yehezkiel 18:30

Rujukan Silang

  • +Ayb 34:11; Rm 2:6

Yehezkiel 18:31

Rujukan Silang

  • +Mz 34:14; Yes 1:16
  • +Mz 51:10; Yer 32:39; Yeh 11:19; Ef 4:23, 24
  • +Ul 30:15; Ams 8:36; Kis 13:46

Yehezkiel 18:32

Rujukan Silang

  • +Yer 29:11; Rat 3:33; Yeh 33:11; Lu 15:10; 2Pt 3:9
  • +Ul 30:16

Lain

Yeh. 18:2Yer 31:29, 30
Yeh. 18:6Ul 12:2; Yer 3:6
Yeh. 18:6Im 20:10
Yeh. 18:6Im 18:19; 20:18
Yeh. 18:7Ams 14:21
Yeh. 18:7Ul 24:12, 13
Yeh. 18:7Im 6:2, 4
Yeh. 18:7Ul 15:11
Yeh. 18:7Yes 58:6, 7; Yak 2:15, 16
Yeh. 18:8Kel 22:25; Mz 15:5; Lu 6:34, 35
Yeh. 18:8Im 19:35
Yeh. 18:8Im 19:15; 25:14; Ul 1:16
Yeh. 18:9Im 18:5
Yeh. 18:10Im 19:13
Yeh. 18:10Kej 9:6; Kel 21:12
Yeh. 18:12Ul 15:7, 8
Yeh. 18:12Im 26:30
Yeh. 18:122Ra 21:11
Yeh. 18:13Yeh 22:12
Yeh. 18:19Ul 16:20; Rm 10:5
Yeh. 18:20Ul 24:16; Yer 31:30; Yeh 18:4
Yeh. 18:20Yes 3:10, 11; Ga 6:7
Yeh. 18:21Yes 55:7; Yeh 3:21; 33:12, 19; Kis 3:19
Yeh. 18:222Ta 33:12, 13; Mz 25:7; Yes 43:25
Yeh. 18:22Yeh 33:16
Yeh. 18:23Rat 3:33; Yeh 33:11; 1Ti 2:3, 4; 2Pt 3:9
Yeh. 18:23Mi 7:18
Yeh. 18:24Yeh 33:12, 18; Ibr 10:38; 2Yo 8
Yeh. 18:24Ams 21:16; Yeh 3:20
Yeh. 18:25Ayb 35:2; Ams 19:3; Yeh 33:17, 20
Yeh. 18:25Ul 32:4
Yeh. 18:25Yes 55:9; Yer 2:17
Yeh. 18:27Yes 55:7; 1Ti 4:16
Yeh. 18:29Kej 18:25; Mz 145:17; Yes 40:14
Yeh. 18:30Ayb 34:11; Rm 2:6
Yeh. 18:31Mz 34:14; Yes 1:16
Yeh. 18:31Mz 51:10; Yer 32:39; Yeh 11:19; Ef 4:23, 24
Yeh. 18:31Ul 30:15; Ams 8:36; Kis 13:46
Yeh. 18:32Yer 29:11; Rat 3:33; Yeh 33:11; Lu 15:10; 2Pt 3:9
Yeh. 18:32Ul 30:16
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 18:1-32

Yehezkiel

18 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Apakah maksud peribahasa ini, yang disebut-sebut di negeri Israel: ‘Bapa makan anggur mentah, tetapi anak yang ngilu gigi’?+

3 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa kamu tidak akan menyebut peribahasa itu di Israel lagi. 4 Nyawa* setiap orang ialah milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa* yang berdosa, dialah yang akan mati.

5 “‘Andai kata ada seorang lelaki yang baik dan dia melakukan apa yang benar dan adil. 6 Dia tidak makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala di atas gunung.+ Dia tidak berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan* yang disembah oleh bangsa Israel. Dia tidak menodai isteri orang lain+ atau bersetubuh dengan wanita yang datang haid.+ 7 Dia tidak menganiaya orang,+ dan dia mengembalikan barangan yang diberikan kepadanya sebagai jaminan.+ Dia tidak merompak orang,+ dan dia memberikan makanannya kepada orang yang lapar+ dan pakaiannya kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.+ 8 Dia tidak mengenakan faedah atau mengaut keuntungan semasa meminjamkan wang.+ Dia menghindari hal-hal yang tidak adil+ dan mengadili orang dengan saksama.+ 9 Dia sentiasa hidup selaras dengan perintah-Ku dan mematuhi ketetapan-Ku dengan setia. Orang seperti itu baik dan akan terus hidup,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.

10 “‘Tetapi andai kata orang itu mempunyai seorang anak lelaki yang merompak,+ membunuh,+ dan melakukan kejahatan yang telah disebutkan tadi. 11 (Hal-hal jahat ini tidak pernah dilakukan oleh bapanya.) Anak itu makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala di atas gunung, menodai isteri orang lain, 12 menganiaya orang yang hidup susah dan miskin,+ merompak, tidak mengembalikan barangan yang diberikan kepadanya sebagai jaminan, berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan,+ melakukan hal-hal yang jijik,+ 13 dan mengenakan faedah atau mengaut keuntungan semasa meminjamkan wang.+ Maka anak itu akan mati kerana dia telah melakukan hal-hal yang jahat ini. Dia pasti akan dihukum mati, dan dia bertanggungjawab atas kematiannya sendiri.

14 “‘Tetapi andai kata orang yang melakukan hal-hal yang jahat ini mempunyai seorang anak lelaki, dan anak itu nampak segala dosa yang telah dilakukan oleh bapanya, tetapi dia tidak mengikut contoh buruk bapanya. 15 Dia tidak makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala di atas gunung. Dia tidak berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan yang disembah oleh bangsa Israel. Dia tidak menodai isteri orang lain. 16 Dia tidak menganiaya orang. Dia mengembalikan barangan yang diberikan kepadanya sebagai jaminan. Dia tidak merompak orang. Dia memberikan makanannya kepada orang yang lapar dan pakaiannya kepada orang yang tidak mempunyai pakaian. 17 Dia tidak menindas orang yang miskin. Dia tidak mengenakan faedah atau mengaut keuntungan semasa meminjamkan wang. Dia sentiasa mematuhi ketetapan-Ku dan hidup selaras dengan perintah-Ku. Orang seperti itu tidak akan mati kerana dosa bapanya. Dia pasti akan terus hidup. 18 Tetapi memandangkan bapanya memperdaya orang, merompak saudaranya, dan melakukan kejahatan di hadapan bangsanya, bapanya akan mati kerana dosa yang telah dilakukannya sendiri.

19 “‘Mungkin kamu akan bertanya, “Mengapakah anak itu tidak perlu menanggung dosa bapanya?” Hal ini demikian kerana anak itu melakukan apa yang baik dan benar serta mematuhi dan melaksanakan semua perintah-Ku. Oleh itu, dia pasti akan terus hidup.+ 20 Sesiapa* yang berdosa, dialah yang akan mati.+ Anak tidak akan menanggung dosa bapanya, dan bapa tidak akan menanggung dosa anaknya. Orang yang baik akan diadili berdasarkan kebaikannya, dan orang yang jahat akan diadili berdasarkan kejahatannya.+

21 “‘Namun jika seseorang yang jahat bertaubat daripada semua dosanya, dan mula mentaati perintah-Ku serta melakukan apa yang baik dan adil, dia akan tetap hidup. Dia tidak akan mati.+ 22 Semua dosa lampaunya tidak akan diungkit* lagi.+ Dia akan terus hidup kerana dia melakukan apa yang baik.’+

23 “‘Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan terus hidup.’+

24 “‘Tetapi apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat* serta melakukan semua perkara jijik yang dilakukan oleh orang jahat, adakah dia akan terus hidup? Tidak! Segala perbuatan baiknya akan dilupakan.+ Dia akan mati kerana dia tidak setia dan melakukan dosa.+

25 “‘Kamu akan berkata, “Yehuwa bertindak dengan tidak adil.”+ Dengarlah, hai orang Israel! Adakah kamu menyangka bahawa Aku bertindak dengan tidak adil?+ Bukankah kamu yang bertindak dengan tidak adil?+

26 “‘Apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat, dia akan mati, ya, dia akan mati kerana perbuatan jahatnya itu.

27 “‘Apabila seseorang yang jahat meninggalkan haluannya yang jahat dan mula melakukan apa yang baik dan adil, dia akan menyelamatkan nyawanya sendiri.+ 28 Apabila dia insaf dan bertaubat daripada semua dosanya, dia akan tetap hidup. Dia tidak akan mati.

29 “‘Tetapi orang Israel akan berkata, “Yehuwa bertindak dengan tidak adil.” Hai orang Israel, adakah kamu menyangka bahawa Aku bertindak dengan tidak adil?+ Bukankah kamu yang bertindak dengan tidak adil?’

30 “‘Hai orang Israel, Aku akan mengadili setiap orang berdasarkan perbuatannya,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Bertaubatlah, ya, bertaubatlah daripada semua kesalahan kamu supaya hal-hal itu tidak menjadi batu sandungan yang membuat kamu berdosa. 31 Tinggalkanlah semua kejahatan yang telah kamu lakukan,+ dan baharuilah hati dan fikiran kamu.+ Hai orang Israel, mengapakah kamu mahu mengundang maut?’+

32 “‘Aku tidak suka melihat sesiapa pun mati,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Jadi bertaubatlah dan terus hidup!’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi