PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 19
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Lagu ratapan tentang para pemimpin Israel (1-14)

Yehezkiel 19:3

Rujukan Silang

  • +2Ta 36:1

Yehezkiel 19:4

Rujukan Silang

  • +2Ra 23:31-34; 2Ta 36:4; Yer 22:11, 12

Yehezkiel 19:6

Rujukan Silang

  • +Yer 22:17

Yehezkiel 19:7

Rujukan Silang

  • +Ams 28:15

Yehezkiel 19:10

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “pokok anggur di ladang anggurmu.”

Rujukan Silang

  • +Mz 80:8; Yes 5:7

Yehezkiel 19:12

Rujukan Silang

  • +Yes 5:5; Yeh 15:6
  • +2Ra 23:34; 24:6; 25:5-7
  • +Ul 32:22; Yeh 15:4

Yehezkiel 19:13

Rujukan Silang

  • +Ul 28:48; Yer 17:5, 6; 52:27

Yehezkiel 19:14

Rujukan Silang

  • +Yeh 17:16, 18

Lain

Yeh. 19:32Ta 36:1
Yeh. 19:42Ra 23:31-34; 2Ta 36:4; Yer 22:11, 12
Yeh. 19:6Yer 22:17
Yeh. 19:7Ams 28:15
Yeh. 19:10Mz 80:8; Yes 5:7
Yeh. 19:12Yes 5:5; Yeh 15:6
Yeh. 19:122Ra 23:34; 24:6; 25:5-7
Yeh. 19:12Ul 32:22; Yeh 15:4
Yeh. 19:13Ul 28:48; Yer 17:5, 6; 52:27
Yeh. 19:14Yeh 17:16, 18
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 19:1-14

Yehezkiel

19 “Nyanyikanlah sebuah lagu ratapan tentang para pemimpin Israel. 2 Nyanyikanlah,

‘Siapakah ibumu? Dia bagaikan singa betina dalam kalangan singa-singa jantan.

Dia berbaring antara singa-singa jantan yang muda dan ganas, dan dia membesarkan anak-anaknya.

 3 Dia membesarkan salah seekor anaknya sehingga menjadi singa muda yang ganas.+

Anak singa itu mampu mencabik mangsa-mangsanya,

Dan bahkan membaham manusia.

 4 Bangsa-bangsa mendengar tentang anak singa itu, lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.

Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan membawanya ke Mesir.+

 5 Si ibu menantikan kepulangan anaknya, tetapi akhirnya dia sedar bahawa anaknya tidak akan kembali.

Oleh itu, dia membesarkan seekor lagi anak singa sehingga anak singa itu menjadi singa muda yang ganas.

 6 Anak singa itu juga berjalan-jalan di antara singa-singa yang lain dan menjadi seekor singa muda yang ganas.

Dia belajar mencabik mangsa-mangsanya, dan dia bahkan membaham manusia.+

 7 Dia merayau-rayau di kawasan menara berkubu dan menghancurkan kota-kota mereka.

Negeri itu menjadi gersang, dan ngaumannya kedengaran di seluruh negeri itu.+

 8 Bangsa-bangsa dari daerah yang berdekatan membentangkan jaring mereka untuk menangkapnya,

Lalu mereka memerangkapnya di dalam sebuah lubang.

 9 Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan mengurungnya, lalu membawanya kepada raja Babilon.

Mereka mengurungnya agar suaranya tidak lagi kedengaran di gunung-gunung Israel.

10 Ibumu ibarat pokok anggur+ dalam darahmu,* ya, dia bagaikan sebatang pokok anggur yang ditanam dekat air.

Pokok itu berbuah lebat dan mempunyai banyak dahan kerana air di situ berlimpah-limpah.

11 Dahan-dahan pokok itu bertumbuh dan menjadi kuat sehingga boleh dijadikan tongkat pemerintah.

Pokok itu bertumbuh lebih tinggi daripada pokok-pokok yang lain,

Dan dapat dilihat kerana ketinggiannya dan kerana daunnya yang lebat.

12 Tetapi dengan marah, pokok itu dicabut+ lalu dicampakkan ke tanah.

Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya.

Dahannya yang kuat dipatahkan lalu dahan itu menjadi kering+ dan dibakar.+

13 Kini pokok itu ditanam di padang belantara,

Di tanah yang gersang dan kering.+

14 Api merebak dari batang pokok itu lalu membakar tunas dan buahnya.

Tidak ada lagi dahan yang kuat pada pokok itu untuk dijadikan tongkat pemerintah.+

“‘Inilah lagu ratapan yang akan sentiasa dinyanyikan orang.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi