-
Yeremia 1:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Lalu Yehuwa berfirman kepadaku,
“Malapetaka akan dilepaskan dari arah utara
Dan menimpa semua penduduk di negeri ini.+
-
-
Yeremia 21:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 “‘“Selepas itu,” firman Yehuwa, “Raja Zedekia, iaitu raja Yehuda, bersama para pegawainya dan rakyat di dalam kota ini yang terselamat daripada penyakit, pedang, dan kebuluran, akan Aku serahkan ke dalam tangan Raja Nebukadnezar dari Babilon. Ya, mereka semua akan diserahkan ke dalam tangan musuh-musuh mereka yang ingin meragut nyawa mereka.+ Raja itu tidak akan mengasihani mereka dan akan membunuh mereka dengan pedang. Dia akan membunuh mereka semua tanpa rasa belas kasihan dan tanpa ampun.”’+
-
-
Yeremia 25:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Aku akan memanggil semua keluarga dari sebelah utara,”+ firman Yehuwa, “ya Aku akan memanggil hamba-Ku,+ iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon, dan Aku akan menyuruh mereka menyerang negeri kamu+ dan penduduk di negeri kamu serta semua bangsa di sekeliling kamu.+ Aku akan memusnahkan kamu dan semua bangsa itu. Orang yang lalu di hadapan kamu akan berasa takut dan mengejek kamu.* Kamu akan menjadi reruntuhan buat selama-lamanya.
-