PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 13:6-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 “Jika saudara lelaki kamu, iaitu anak kepada ibu kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri yang kamu kasihi, atau sahabat karib kamu, mencuba mempengaruhi kamu secara sembunyi-sembunyi dengan berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain,’+ iaitu tuhan-tuhan yang belum kamu atau nenek moyang kamu kenal, 7 yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekeliling kamu, sama ada yang tinggal dekat dengan kamu, atau yang tinggal jauh daripada kamu, atau dari mana-mana tempat di negeri kamu, 8 jangan biarkan diri kamu dipujuk olehnya dan jangan mendengarkan kata-katanya.+ Jangan mengasihani dan jangan melindungi orang itu. 9 Sebaliknya, kamu harus membunuh orang itu.+ Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam orang itu, dan kemudian biarlah orang lain merejamnya.+

  • Ulangan 32:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Kamu mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukannya kepada Tuhan.+

      Kamu mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan yang tidak kamu kenali,

      Iaitu kepada tuhan-tuhan yang baharu,

      Tuhan-tuhan yang tidak dikenali oleh nenek moyang kamu.

  • Yeremia 19:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Aku berbuat demikian kerana mereka telah meninggalkan Aku+ dan membuat tempat ini menjadi sebuah tempat yang tidak dapat dikenali.+ Di sini, mereka mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, iaitu tuhan-tuhan yang asing bagi mereka dan nenek moyang mereka. Mereka juga telah memenuhi tempat ini dengan darah orang yang tidak bersalah.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi