PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 36:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

  • Yesaya 65:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Sepanjang hari, Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang degil,+

      Yang berjalan di haluan yang jahat,+

      Dan yang mengikut fikiran mereka sendiri.+

  • Yeremia 7:24-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Tetapi mereka menutup telinga mereka dan tidak mahu mendengar.+ Mereka berkeras untuk hidup menurut fikiran dan keinginan hati mereka yang jahat.+ Mereka berundur dan tidak membuat kemajuan 25 sejak nenek moyang mereka keluar dari Mesir sehingga hari ini.+ Oleh itu, Aku selalu mengutus semua hamba-Ku, iaitu para nabi, kepada mereka. Aku berbuat demikian setiap hari tanpa henti.+ 26 Namun mereka tetap menutup telinga mereka dan tidak mahu mendengar.+ Mereka berdegil dan bertindak lebih teruk daripada nenek moyang mereka!

  • Yeremia 35:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Aku selalu mengutus semua hamba-Ku, iaitu para nabi, kepada kamu. Aku berkali-kali menyuruh mereka berkata kepada kamu,+ ‘Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat,+ dan buatlah apa yang baik! Janganlah pergi kepada tuhan-tuhan lain dan menyembah tuhan-tuhan itu, agar kamu dapat terus menetap di negeri yang telah Aku berikan kepada kamu dan nenek moyang kamu.’+ Tetapi kamu menutup telinga kamu dan tidak mahu mendengar.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi