-
Yeremia 18:7-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Apabila Aku berfirman bahawa Aku mahu mencabut, merobohkan, dan membinasakan sebuah bangsa atau sebuah kerajaan,+ 8 tetapi kemudian bangsa itu berhenti berbuat jahat, maka Aku akan mengubah fikiran-Ku dan niat-Ku untuk mendatangkan malapetaka yang telah Aku firmankan itu.+ 9 Sebaliknya, apabila Aku berfirman bahawa Aku mahu membina dan mendirikan* sebuah bangsa atau sebuah kerajaan, 10 tetapi kemudian bangsa itu melakukan apa yang jahat di mata-Ku dan tidak mematuhi firman-Ku, maka Aku akan mengubah fikiran-Ku dan niat-Ku untuk melakukan hal-hal yang baik bagi mereka.’
-
-
Yeremia 24:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Aku menganggap orang Yehuda yang telah ditawan seperti buah ara yang baik ini, dan Aku berkenan kepada mereka. Meskipun Aku telah membuang mereka ke tanah orang Kasdim, 6 Aku akan memerhatikan mereka, menjaga mereka, dan membawa mereka kembali ke negeri ini.+ Aku akan membangun dan bukannya meruntuhkan mereka. Aku akan menanam dan bukannya mencabut mereka.+
-