PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 8:33, 34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 “Apabila umat-Mu Israel dikalahkan oleh musuh kerana mereka terus berdosa terhadap-Mu,+ tetapi kemudian mereka kembali kepada-Mu, memuliakan nama-Mu,+ dan berdoa serta membuat permohonan kepada-Mu di rumah ini,+ 34 semoga Engkau mendengar dari syurga dan mengampunkan dosa umat-Mu Israel. Bawalah mereka pulang ke tanah yang telah Engkau berikan kepada nenek moyang mereka.+

  • Mazmur 106:45
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 45 Demi mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya.

      Kerana kasih setia-Nya yang melimpah, Dia berasa kasihan terhadap mereka.+

  • Yeremia 7:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: “Ubahlah haluan dan kelakuan kamu, maka Aku akan mengizinkan kamu untuk terus tinggal di sini.+

  • Yeremia 26:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jika mereka mendengar dan berpaling daripada haluan mereka yang jahat, Aku akan mengubah fikiran-Ku dan* niat-Ku untuk mendatangkan malapetaka atas mereka kerana perbuatan jahat mereka.+

  • Yehezkiel 18:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 “‘Namun jika seseorang yang jahat bertaubat daripada semua dosanya, dan mula mentaati perintah-Ku serta melakukan apa yang baik dan adil, dia akan tetap hidup. Dia tidak akan mati.+

  • Yoel 2:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Jangan hanya mengoyakkan pakaian kamu,+ sebaliknya biarlah hati kamu yang remuk itu menyatakan penyesalan.*+

      Kembalilah kepada Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.

      Aku Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. Aku tidak cepat murka+ dan Aku penuh dengan kasih setia.+

      Aku akan mempertimbangkan semula keputusan-Ku dan tidak mendatangkan bencana yang telah Aku firmankan.

  • Yunus 3:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Penduduk Niniwe menaruh iman kepada Tuhan.+ Maka segenap rakyat mengumumkan bahawa mereka akan berpuasa. Mereka semua juga memakai kain guni, tidak kira orang biasa atau orang yang berpangkat tinggi.

  • Yunus 3:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Tuhan yang benar melihat perbuatan mereka. Dia nampak bahawa mereka telah berpaling daripada haluan yang jahat.+ Maka Dia mempertimbangkan semula keputusan-Nya dan tidak mendatangkan bencana yang telah difirmankan-Nya sebelum ini.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi