-
Yehezkiel 18:21-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 “‘Namun jika seseorang yang jahat bertaubat daripada semua dosanya, dan mula mentaati perintah-Ku serta melakukan apa yang baik dan adil, dia akan tetap hidup. Dia tidak akan mati.+ 22 Semua dosa lampaunya tidak akan diungkit* lagi.+ Dia akan terus hidup kerana dia melakukan apa yang baik.’+
23 “‘Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan terus hidup.’+
-
-
Yunus 4:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Kemudian dia berdoa kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, semasa aku berada di negeriku, bukankah aku sudah berkata bahawa hal ini pasti akan berlaku? Sesungguhnya, aku tahu bahawa Engkau Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. Engkau tidak cepat murka dan penuh dengan kasih setia.+ Engkau juga bersedia untuk mengubah fikiran dan tidak menjatuhkan hukuman. Itulah sebabnya aku berusaha melarikan diri ke Tarsis.+
-