PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:52
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 52 Mereka akan mengepung kota-kota kamu di negeri yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada kamu, sehingga tembok kota kamu yang tinggi dan kukuh runtuh sama sekali. Kamu akan terperangkap di dalam kota-kota kamu itu,+

  • 2 Raja-Raja 25:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Pada hari ke-10, bulan ke-10, tahun kesembilan pemerintahan Raja Zedekia, Raja Nebukadnezar+ dari Babilon dan seluruh angkatan tenteranya menyerang Yerusalem.+ Mereka mendirikan khemah di sekeliling kota itu dan membina tembok untuk mengepungnya.+ 2 Kota itu dikepung sehingga tahun ke-11 pemerintahan Raja Zedekia.

  • Yesaya 29:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Hai kota Ariel, Aku akan berkhemah di sekelilingmu untuk mengepungmu;

      Aku akan mendirikan benteng dan pagar kayu runcing,

      Untuk mengepung dan menyerangmu.+

  • Yeremia 39:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 39 Pada bulan ke-10 tahun kesembilan pemerintahan Raja Zedekia dari Yehuda, Raja Nebukadnezar dari Babilon dan seluruh angkatan tenteranya datang ke Yerusalem dan mengepungnya.+

  • Yehezkiel 4:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “Hai anak manusia, ambillah sebuah bata dan letakkannya di hadapanmu. Ukirlah kota Yerusalem di atas bata itu. 2 Kemudian untuk melambangkan pengepungan kota itu,+ binalah sebuah tembok+ dan buatlah timbunan tanah di sekeliling kota itu.+ Dirikanlah khemah dan letakkanlah kayu-kayu pelantak* di sekelilingnya.+

  • Yehezkiel 21:21, 22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Hal ini demikian kerana raja Babilon akan berhenti di tempat jalan itu mula bercabang, dan menentukan jalan mana yang akan dilaluinya dengan menggunakan ilmu ramal. Dia akan menggoncang anak-anak panahnya, bertanya kepada patung-patung berhalanya,* dan memeriksa hati binatang. 22 Di tangan kanannya, terdapat ramalan yang menunjukkan bahawa dia patut pergi ke Yerusalem, meletakkan kayu-kayu pelantak di kota itu, mengisytiharkan perang, meneriakkan seruan perang, menyerang pintu-pintu gerbang dengan kayu pelantak, membuat timbunan tanah, dan mendirikan benteng untuk mengepung kota itu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi