PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 9:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+

  • 2 Tawarikh 36:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Jadi Tuhan menghantar raja orang Kasdim+ untuk menyerang mereka dan membunuh pemuda mereka dengan pedang+ di tempat suci.+ Raja itu tidak mengasihani orang yang tua dan yang uzur serta pemuda atau gadis.+ Tuhan menyerahkan semuanya ke dalam tangan raja itu.+

  • 2 Tawarikh 36:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Raja itu membakar rumah Tuhan yang benar,+ merobohkan tembok Yerusalem,+ membakar semua menara yang kukuh, dan menghancurkan segala sesuatu yang berharga.+

  • Mazmur 74:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Mereka dan keturunan mereka telah berkata dalam hati,

      “Semua tempat ibadat untuk menyembah Tuhan di tanah ini haruslah dibakar.”

  • Mazmur 79:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 79 Ya Tuhan, bangsa-bangsa telah menyerang tanah warisan-Mu;+

      Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci;+

      Mereka telah membuat Yerusalem menjadi timbunan reruntuhan.+

  • Yeremia 26:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “Mikha+ dari Moresyet pernah bernubuat pada zaman Raja Hizkia+ dari Yehuda. Dia berkata kepada semua orang Yehuda, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga:

      “Sion akan dibajak seperti ladang,

      Yerusalem akan menjadi runtuhan batu,+

      Dan gunung tempat Rumah Tuhan akan menjadi seperti gunung yang berhutan.”’+

  • Ratapan 2:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Yehuwa telah menolak mazbah-Nya;

      Dia telah meninggalkan tempat-Nya yang suci.+

      Tembok-tembok di menara yang kukuh telah diserahkan-Nya ke dalam tangan musuh.+

      Musuh bersorak-sorak di Rumah Yehuwa+ seperti pada hari perayaan.

  • Yehezkiel 24:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 ‘Beritahulah bangsa Israel, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan mencemarkan tempat suci-Ku,+ iaitu tempat yang kamu bangga-banggakan, tempat yang kamu kasihi dan hargai. Anak-anak yang telah kamu tinggalkan akan dibunuh dengan pedang.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi