PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 2:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Para imam tidak bertanya, ‘Di manakah Yehuwa?’+

      Orang yang sepatutnya mengajarkan hukum-Ku tidak mengenal-Ku,

      Para gembala memberontak terhadap-Ku,+

      Para nabi bernubuat atas nama Baal,+

      Dan mereka mengikut tuhan-tuhan yang tidak berguna.

  • Yeremia 8:10-12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Aku akan memberikan isteri mereka kepada lelaki lain,

      Dan ladang mereka kepada pemilik yang baharu;+

      Kerana baik yang muda mahupun yang tua, mengaut keuntungan dengan cara yang tidak jujur;+

      Baik nabi mahupun imam, memperdaya orang.+

      11 Mereka memandang ringan luka umat-Ku dan mencuba mengubatinya dengan berkata,

      “Semuanya aman damai! Semuanya aman damai!”

      Meskipun kedamaian tidak wujud.+

      12 Adakah mereka berasa malu kerana melakukan semua perbuatan yang jijik itu?

      Mereka sama sekali tidak berasa malu!

      Mereka bahkan tidak tahu caranya untuk berasa malu!+

      Maka mereka akan rebah bersama orang yang sudah rebah.

      Apabila Aku menghukum mereka, mereka akan tersandung,’+ firman Yehuwa.

  • Yeremia 23:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “Para nabi dan para imam sudah tercemar.*+

      Aku mendapati mereka berbuat jahat bahkan di dalam Rumah-Ku,”+ firman Yehuwa.

  • Mikha 3:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Para nabi sedang menyesatkan bangsaku.+

      Apabila gigi mereka dapat mengunyah sesuatu,*+ mereka akan berseru, ‘Kamu akan aman!’+

      Tetapi jika mulut mereka tidak disuap, mereka akan berteriak, ‘Kamu akan binasa!’

      Jadi inilah firman Yehuwa kepada nabi-nabi ini:

  • Mikha 3:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Untuk mendapat rasuah, para pemimpin kota melaksanakan keadilan,+

      Untuk mendapat upah, para imam kota mengajar orang,+

      Untuk mendapat wang,* para nabi mengamalkan ilmu ramal.+

      Mereka kononnya bersandar pada Yehuwa. Mereka berkata,

      “Bukankah Yehuwa menyertai kita?+

      Kita tidak akan ditimpa malapetaka.”+

  • Zefanya 3:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Para nabinya bongkak dan licik.+

      Para imamnya mencemari apa yang suci,+

      Dan mereka melanggar hukum.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi