PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 5:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Para nabi menyampaikan nubuat palsu,+

      Dan para imam menggunakan kekuasaan mereka untuk menindas orang,

      Tetapi umat-Ku suka akan perkara itu.+

      Jadi apakah yang akan kamu lakukan apabila akhir tiba?”

  • Yeremia 6:12-15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Rumah-rumah mereka akan diberikan kepada orang lain.

      Begitu juga dengan ladang dan isteri mereka.+

      Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentang penduduk negeri ini,” firman Yehuwa.

      13 “Baik yang muda mahupun yang tua, mengaut keuntungan dengan cara yang tidak jujur.+

      Baik nabi mahupun imam, memperdaya orang.+

      14 Mereka memandang ringan luka umat-Ku dan mencuba mengubatinya dengan berkata,

      ‘Semuanya aman damai! Semuanya aman damai!’

      Meskipun kedamaian tidak wujud.+

      15 Adakah mereka berasa malu kerana melakukan semua perbuatan yang jijik itu?

      Mereka sama sekali tidak berasa malu!

      Mereka bahkan tidak tahu caranya untuk berasa malu!+

      Maka mereka akan rebah bersama orang yang sudah rebah.

      Apabila Aku menghukum mereka, mereka akan tersandung,” firman Yehuwa.

  • Yeremia 27:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 “‘“‘Oleh itu, janganlah dengar nabi-nabi kamu, tukang tilik, pentafsir mimpi, ahli ilmu ghaib, dan tukang sihir yang berkata, “Kamu tidak akan menjadi hamba raja Babilon.”

  • Ratapan 2:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Penglihatan yang disampaikan para nabimu itu palsu dan tidak berguna.+

      Mereka tidak mencegah engkau daripada ditawan, kerana mereka tidak menyatakan kesalahanmu.+

      Sebaliknya, mereka asyik menyampaikan penglihatan yang palsu dan menyesatkan.+

  • Yehezkiel 22:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 tetapi nabi-nabimu telah menyembunyikan perbuatan jahat mereka seperti orang menyapu cat putih pada dinding yang rosak. Nabi-nabimu mendapat penglihatan yang palsu dan membuat ramalan+ yang tidak benar. Mereka juga berkata, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,” padahal Yehuwa tidak berfirman kepada mereka.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi