PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 4:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Semasa kamu melihat ke langit dan nampak matahari, bulan, bintang, dan segala sesuatu di langit, jangan tergoda untuk bersujud dan menyembah benda-benda itu.+ Yehuwa, Tuhan kamu, telah memberikan benda-benda itu kepada bangsa-bangsa lain di bawah langit.

  • 2 Raja-Raja 17:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Mereka melanggar semua hukum Yehuwa, Tuhan mereka, dan membuat tiang-tiang suci+ dan dua buah patung anak lembu daripada logam.+ Mereka juga sujud menyembah Baal+ dan segala sesuatu di langit.+

  • 2 Raja-Raja 21:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Manasye+ menjadi raja semasa dia berusia 12 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 55 tahun.+ Ibunya bernama Hefzibah.

  • 2 Raja-Raja 21:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Dia membina semula tempat-tempat pemujaan yang telah dimusnahkan oleh bapanya Hizkia.+ Dia juga membina mazbah untuk Baal dan mendirikan tiang-tiang suci*+ seperti yang dilakukan oleh Raja Ahab dari Israel.+ Selain itu, dia sujud menyembah segala sesuatu di langit.+

  • Yeremia 19:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Rumah-rumah di Yerusalem dan rumah raja-raja di Yehuda akan menjadi najis seperti Tofet,+ kerana di atas bumbung rumah-rumah itu, mereka mempersembahkan korban kepada segala sesuatu di langit+ dan mempersembahkan wain kepada tuhan-tuhan lain.’”+

  • Yehezkiel 8:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Kemudian Dia membawa aku ke halaman dalam Rumah Yehuwa.+ Di situ, dekat pintu masuk Rumah Yehuwa, iaitu di antara anjung dan mazbah, aku nampak kira-kira 25 orang lelaki sedang menghadap ke arah timur dan membelakangi Rumah Yehuwa. Mereka sedang bersujud ke arah timur untuk menyembah matahari.+

  • Zefanya 1:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Aku akan menghukum Yehuda

      Dan semua penduduk Yerusalem.

      Aku akan melenyapkan Baal sehingga sisa penyembahannya tidak kelihatan di tempat ini.+

      Nama imam-imam yang menyembah dewa asing dan imam-imam palsu akan Aku padamkan juga.+

       5 Aku akan membinasakan mereka yang naik ke bumbung untuk bersujud kepada benda-benda di langit,+

      Dan mereka yang bersujud kepada Aku, Yehuwa, serta bersumpah akan setia kepada-Ku,+

      Tetapi juga bersumpah akan setia kepada Dewa Malkam.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi