PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 10:13-15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Tetapi kamu meninggalkan Aku lalu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Oleh itu, Aku tidak akan menyelamatkan kamu lagi.+ 14 Pergilah meminta tolong daripada tuhan-tuhan yang telah kamu pilih.+ Biarlah mereka menyelamatkan kamu sewaktu kamu menderita.”+ 15 Tetapi orang Israel berkata kepada Yehuwa, “Kami telah berdosa. Lakukanlah apa sahaja yang Engkau inginkan terhadap kami, tetapi tolonglah selamatkan kami hari ini.”

  • Mazmur 78:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Tetapi setiap kali Dia membunuh sebilangan daripada mereka, mereka akan mencari-Nya;+

      Mereka akan kembali untuk mencari Tuhan.

  • Mazmur 106:47
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Selamatkanlah kami, ya Yehuwa, Tuhan kami.+

      Kumpulkanlah kami daripada bangsa-bangsa lain,+

      Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,

      Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+

  • Yesaya 26:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Ya Yehuwa, umat-Mu berpaling kepada-Mu semasa menghadapi kesusahan;

      Sewaktu Engkau mendisiplinkan mereka, mereka mengucapkan doa dengan suara yang rendah untuk mencurahkan isi hati mereka.+

  • Hosea 5:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Aku akan meninggalkan mereka lalu kembali ke tempat-Ku, dan mereka akan menderita akibat dosa mereka.

      Kemudian mereka akan mencari Aku untuk mendapatkan perkenan-Ku.+

      Ya, mereka akan mencari Aku semasa mereka mengalami kesengsaraan.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi