PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 4:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Kemudian aku berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Engkau betul-betul telah memperdaya umat ini+ dan Yerusalem dengan berfirman, ‘Kamu akan hidup aman,’+ padahal pedang terhunus di leher kami.”

  • Yeremia 6:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 “Baik yang muda mahupun yang tua, mengaut keuntungan dengan cara yang tidak jujur.+

      Baik nabi mahupun imam, memperdaya orang.+

      14 Mereka memandang ringan luka umat-Ku dan mencuba mengubatinya dengan berkata,

      ‘Semuanya aman damai! Semuanya aman damai!’

      Meskipun kedamaian tidak wujud.+

  • Yeremia 8:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Mereka memandang ringan luka umat-Ku dan mencuba mengubatinya dengan berkata,

      “Semuanya aman damai! Semuanya aman damai!”

      Meskipun kedamaian tidak wujud.+

  • Yehezkiel 13:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Hal ini demikian kerana mereka telah menyesatkan umat-Ku dengan berkata, “Semuanya aman damai!”+ meskipun kedamaian tidak wujud. Setelah mereka membina sebuah dinding yang tidak kukuh, mereka mengecatnya dengan cat putih.’*+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi