PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 17:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.”

  • Yesaya 55:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Yeremia 18:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “Sekarang, katakanlah kepada orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku sedang bersedia untuk mendatangkan malapetaka atas kamu dan merancang untuk membinasakan kamu. Berpalinglah daripada haluan jahat kamu, dan ubahlah cara hidup dan amalan kamu.”’”+

  • Yeremia 35:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Aku selalu mengutus semua hamba-Ku, iaitu para nabi, kepada kamu. Aku berkali-kali menyuruh mereka berkata kepada kamu,+ ‘Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat,+ dan buatlah apa yang baik! Janganlah pergi kepada tuhan-tuhan lain dan menyembah tuhan-tuhan itu, agar kamu dapat terus menetap di negeri yang telah Aku berikan kepada kamu dan nenek moyang kamu.’+ Tetapi kamu menutup telinga kamu dan tidak mahu mendengar.

  • Yehezkiel 18:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 “‘Hai orang Israel, Aku akan mengadili setiap orang berdasarkan perbuatannya,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Bertaubatlah, ya, bertaubatlah daripada semua kesalahan kamu supaya hal-hal itu tidak menjadi batu sandungan yang membuat kamu berdosa.

  • Yehezkiel 33:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi