PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 36:20, 21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Dia juga membawa semua orang yang tidak dibunuh dengan pedang+ ke Babilon sebagai tawanan. Di sana, mereka dipaksa menjadi hamba kepada dia+ dan anak-anaknya sehingga kerajaan Persia mula memerintah.+ 21 Hal ini akan berlanjutan sehingga negeri itu telah membayar balik tahun-tahun Sabatnya.+ Negeri itu akan dibiarkan tandus selama 70 tahun untuk memenuhi Sabat.+ Demikianlah firman Yehuwa yang disampaikan oleh Yeremia+ menjadi kenyataan.

  • Ezra 1:1-3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 1 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Yehuwa memastikan apa yang difirmankan oleh-Nya melalui Yeremia+ menjadi kenyataan. Yehuwa menggerakkan hati Raja Kores dari Persia untuk mengeluarkan satu perintah yang akan dicatat lalu diumumkan di seluruh kerajaannya.+ Perintah itu berbunyi:

      2 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ 3 Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, yang terletak di Yehuda, dan semoga Tuhannya menyertainya. Binalah semula Rumah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang terletak di Yerusalem.* Sememangnya Dia ialah Tuhan yang benar.

  • Daniel 9:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 ya, pada tahun pertama pemerintahannya, aku, Daniel, faham bahawa Yerusalem akan menjadi tempat terbiar+ selama 70 tahun.+ Aku mengetahui hal ini setelah mengkaji kitab-kitab* yang mengandungi firman Yehuwa kepada Nabi Yeremia.

  • Zakharia 1:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Malaikat Yehuwa berkata, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Engkau sudah murka terhadap Yerusalem dan kota-kota Yehuda+ selama 70 tahun. Sampai bilakah mereka harus menunggu belas kasihan-Mu?”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi