PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 13:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Sepertimana bekas-bekas yang dihantukkan bersama akan pecah, demikian juga Aku akan menyebabkan mereka membinasakan satu sama lain. Tidak kira bapa atau anak, mereka akan membinasakan satu sama lain,” firman Yehuwa.+ “Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap mereka. Aku tidak akan bersedih atau mengasihani mereka. Tiada apa-apa pun yang akan menghalang Aku daripada memusnahkan mereka.”’+

  • Yeremia 21:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “‘“Selepas itu,” firman Yehuwa, “Raja Zedekia, iaitu raja Yehuda, bersama para pegawainya dan rakyat di dalam kota ini yang terselamat daripada penyakit, pedang, dan kebuluran, akan Aku serahkan ke dalam tangan Raja Nebukadnezar dari Babilon. Ya, mereka semua akan diserahkan ke dalam tangan musuh-musuh mereka yang ingin meragut nyawa mereka.+ Raja itu tidak akan mengasihani mereka dan akan membunuh mereka dengan pedang. Dia akan membunuh mereka semua tanpa rasa belas kasihan dan tanpa ampun.”’+

  • Ratapan 3:43
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Engkau murka lalu menghalang kami daripada menghadap-Mu,+

      Engkau telah mengejar dan membunuh kami tanpa belas kasihan.+

  • Yehezkiel 5:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan yang hidup, ‘bahawa Aku akan menolakmu,* dan Aku tidak akan mengasihanimu ataupun memandangmu dengan belas kasihan,+ kerana engkau telah mencemarkan tempat suci-Ku dengan patung-patung berhalamu dan amalanmu yang menjijikkan.+

  • Yehezkiel 9:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Bunuhlah orang tua, orang muda, anak dara, anak kecil, dan wanita.+ Tetapi janganlah mendekati orang yang mempunyai tanda di dahi mereka.+ Mulalah dari tempat suci-Ku.”+ Maka mereka bermula dengan membunuh pemimpin-pemimpin yang berdiri di depan pintu Rumah Tuhan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi