PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 25:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Edom telah membalas dendam terhadap bangsa Yehuda, dan perbuatan mereka itu ialah dosa yang besar.+ 13 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku juga akan menghulurkan tangan-Ku untuk memusnahkan Edom. Aku akan membunuh orang Edom dan ternakan mereka, supaya negeri mereka menjadi gersang.+ Penduduk mereka dari Teman sampai ke Dedan akan dibunuh dengan pedang.+

  • Yehezkiel 35:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Meskipun Aku, Yehuwa, ada di situ, engkau berkata, ‘Kedua-dua bangsa dan kedua-dua negeri ini akan menjadi milikku. Kita akan menaklukinya.’+ 11 ‘Maka Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku akan memperlakukan engkau sesuai dengan kemarahan, kebencian, dan kecemburuan yang engkau tunjukkan terhadap mereka.+ Aku akan membuat mereka mengenali-Ku ketika Aku menghakimi engkau.

  • Amos 1:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa berfirman,

      ‘Edom+ sudah berkali-kali memberontak.

      Mereka mengambil pedang lalu memburu saudara mereka sendiri,+

      Dan dengan penuh kemarahan mereka mencabik-cabik saudara mereka.

      Mereka enggan berbelas kasihan dan terus-menerus berdendam terhadap saudara mereka.+

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi