PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 25
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Nubuat tentang Ammon (1-7)

      • Nubuat tentang Moab (8-11)

      • Nubuat tentang Edom (12-14)

      • Nubuat tentang Filistia (15-17)

Yehezkiel 25:2

Rujukan Silang

  • +Kej 19:36, 38
  • +Yer 49:1; Amo 1:13; Zef 2:9

Yehezkiel 25:5

Rujukan Silang

  • +2Sa 12:26; Yeh 21:20

Yehezkiel 25:6

Rujukan Silang

  • +Rat 2:15
  • +Zef 2:8

Yehezkiel 25:7

Rujukan Silang

  • +Yer 49:2; Amo 1:14

Yehezkiel 25:8

Rujukan Silang

  • +Yes 15:1; Yer 48:1; Amo 2:1
  • +Ul 2:4

Yehezkiel 25:9

Nota kaki

  • *

    Atau “menyerang lereng.”

Rujukan Silang

  • +Bil 32:37, 38; Yos 13:15, 19

Yehezkiel 25:10

Rujukan Silang

  • +Yeh 25:4
  • +Yeh 21:28, 32

Yehezkiel 25:11

Rujukan Silang

  • +Yer 48:1

Yehezkiel 25:12

Rujukan Silang

  • +2Ta 28:17; Mz 137:7; Rat 4:22; Amo 1:11; Ob 10

Yehezkiel 25:13

Rujukan Silang

  • +Mal 1:4
  • +Yer 49:7, 8

Yehezkiel 25:14

Rujukan Silang

  • +Yes 11:14; 63:1
  • +Na 1:2

Yehezkiel 25:15

Rujukan Silang

  • +2Ta 28:18; Yes 9:11, 12; 14:29; Yer 47:1; Yl 3:4-6; Amo 1:6

Yehezkiel 25:16

Rujukan Silang

  • +Yer 25:17, 20; Zef 2:4
  • +Zef 2:5
  • +Yer 47:4

Lain

Yeh. 25:2Kej 19:36, 38
Yeh. 25:2Yer 49:1; Amo 1:13; Zef 2:9
Yeh. 25:52Sa 12:26; Yeh 21:20
Yeh. 25:6Rat 2:15
Yeh. 25:6Zef 2:8
Yeh. 25:7Yer 49:2; Amo 1:14
Yeh. 25:8Yes 15:1; Yer 48:1; Amo 2:1
Yeh. 25:8Ul 2:4
Yeh. 25:9Bil 32:37, 38; Yos 13:15, 19
Yeh. 25:10Yeh 25:4
Yeh. 25:10Yeh 21:28, 32
Yeh. 25:11Yer 48:1
Yeh. 25:122Ta 28:17; Mz 137:7; Rat 4:22; Amo 1:11; Ob 10
Yeh. 25:13Mal 1:4
Yeh. 25:13Yer 49:7, 8
Yeh. 25:14Yes 11:14; 63:1
Yeh. 25:14Na 1:2
Yeh. 25:152Ta 28:18; Yes 9:11, 12; 14:29; Yer 47:1; Yl 3:4-6; Amo 1:6
Yeh. 25:16Yer 25:17, 20; Zef 2:4
Yeh. 25:16Zef 2:5
Yeh. 25:16Yer 47:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 25:1-17

Yehezkiel

25 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah orang Ammon,+ dan bernubuatlah kepada mereka.+ 3 Berkenaan mereka, engkau harus berkata, ‘Dengarlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Sewaktu tempat suci-Ku dicemari, sewaktu negeri Israel menjadi gersang, dan sewaktu bangsa Yehuda dibuang negeri, kamu telah berkata ‘Baguslah!’ 4 Oleh itu, Aku akan menyerahkan kamu ke dalam tangan penduduk daerah Timur, dan kamu akan menjadi milik mereka. Mereka akan mendirikan khemah dan membina petempatan di negeri kamu. Mereka akan makan hasil tanah kamu dan minum susu ternakan kamu. 5 Kota Raba+ akan Aku jadikan tempat menggembala unta dan negeri orang Ammon akan Aku jadikan tempat rehat bagi ternakan, supaya kamu tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”

6 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kamu telah menghina negeri Israel dengan bertepuk tangan,+ menghentakkan kaki, dan bersukacita atas apa yang telah menimpa mereka.+ 7 Oleh itu, Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerahkan kamu kepada bangsa-bangsa yang akan menjarah segala milik kamu. Aku akan membinasakan kamu sehingga bangsa kamu lenyap dan kamu tidak mempunyai negeri sendiri.+ Aku akan memusnahkan kamu, dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’

8 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kerana orang Moab+ dan Seir+ telah berkata, “Lihatlah! Bangsa Yehuda sama seperti bangsa-bangsa yang lain,” 9 Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota di sempadan* Moab, termasuk kota-kota yang terbaik, iaitu Bet-yesimot, Baal-meon, dan bahkan Kiryataim.+ 10 Aku akan menyerahkan Moab dan Ammon kepada penduduk daerah Timur,+ dan orang Ammon tidak akan diingati lagi oleh bangsa-bangsa lain.+ 11 Aku juga akan melaksanakan penghakiman-Ku terhadap Moab,+ dan mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’

12 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Edom telah membalas dendam terhadap bangsa Yehuda, dan perbuatan mereka itu ialah dosa yang besar.+ 13 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku juga akan menghulurkan tangan-Ku untuk memusnahkan Edom. Aku akan membunuh orang Edom dan ternakan mereka, supaya negeri mereka menjadi gersang.+ Penduduk mereka dari Teman sampai ke Dedan akan dibunuh dengan pedang.+ 14 ‘Aku akan menggunakan umat-Ku Israel untuk melakukan pembalasan terhadap Edom.+ Mereka akan membuat Edom merasai kemarahan-Ku dan kemurkaan-Ku, dan Edom akan tahu bagaimana rasanya apabila Aku melakukan pembalasan,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’

15 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Orang Filistin selalu memusuhi Israel. Orang Filistin membenci mereka, dan mencari peluang untuk membalas dendam dan memusnahkan mereka.+ 16 Oleh itu, Aku Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerang orang Filistin.+ Aku akan memusnahkan orang Kreti+ dan membinasakan setiap orang yang masih hidup di persisiran pantai.+ 17 Aku akan melakukan pembalasan terhadap mereka dan menghukum mereka dengan marah. Apabila mereka merasai pembalasan-Ku, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi