PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 28:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Selain itu, orang Filistin+ menjarah kota-kota di Syefela+ dan di Negeb yang terletak di Yehuda. Mereka menawan Bet-semes,+ Ayalon,+ Gederot, Sokho dan pekan-pekan di sekelilingnya, Timna+ dan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Gimzo serta pekan-pekan di sekelilingnya. Kemudian mereka tinggal di situ.

  • Yesaya 9:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa akan menggerakkan musuh-musuh Rezin untuk menyerang mereka.

      Dia akan mendorong musuh orang Israel untuk bertindak.

      12 Bangsa Siria akan datang dari timur dan bangsa Filistin akan datang dari barat.+

      Bangsa-bangsa itu akan mengangakan mulut untuk menelan Israel.+

      Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.

      Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+

  • Yesaya 14:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 “Hai orang Filistin, walaupun belantan yang memukul kamu sudah patah,

      Jangan kamu bersukacita,

      Kerana dari akar ular,+ akan muncul ular berbisa,+

      Dan ular beracun yang dapat terbang akan menetas daripada telurnya.

  • Yeremia 47:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Yehuwa telah berfirman kepada Nabi Yeremia berkenaan orang Filistin,+ sebelum Firaun memusnahkan Gaza.

  • Yoel 3:4-6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistia,

      Alangkah beraninya kamu melawan Aku!

      Adakah kamu mencuba membalas dendam terhadap-Ku?

      Jika kamu berbuat demikian,

      Aku akan segera membalas kamu setimpal dengan perbuatan kamu.+

       5 Kamu telah merampas emas dan perak-Ku,+

      Dan membawa harta-Ku yang bernilai ke dalam kuil-kuil kamu.

       6 Kamu telah menjual penduduk Yehuda dan Yerusalem kepada orang Yunani,+

      Supaya mereka berada jauh dari negeri mereka.

  • Amos 1:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Yehuwa berfirman,

      ‘“Gaza+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang+ lalu menyerahkan mereka kepada Edom.

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi