PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 25:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Aku pun mengambil cawan itu dari tangan Yehuwa lalu pergi kepada bangsa-bangsa itu kerana Yehuwa telah mengutus aku kepada mereka. Kemudian aku menyuruh mereka minum dari cawan itu.+

  • Yeremia 25:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 dan semua penduduknya yang berbilang bangsa; semua raja di negeri Uz; semua raja di negeri orang Filistin,+ Askelon,+ Gaza, Ekron, dan orang yang masih tinggal di Asdod;

  • Yehezkiel 25:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Orang Filistin selalu memusuhi Israel. Orang Filistin membenci mereka, dan mencari peluang untuk membalas dendam dan memusnahkan mereka.+ 16 Oleh itu, Aku Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerang orang Filistin.+ Aku akan memusnahkan orang Kreti+ dan membinasakan setiap orang yang masih hidup di persisiran pantai.+

  • Amos 1:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Yehuwa berfirman,

      ‘“Gaza+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang+ lalu menyerahkan mereka kepada Edom.

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

  • Zefanya 2:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Gaza akan menjadi kota yang terbiar,

      Dan kota Askelon akan menjadi tempat yang tandus.+

      Penduduk Asdod akan diusir pada tengah hari,

      Dan penduduk Ekron akan dibuang dari tempat tinggal mereka.+

  • Zakharia 9:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Kota Askelon akan melihatnya lalu menjadi takut;

      Kota Gaza akan berasa amat terseksa setelah menyaksikannya,

      Begitu juga dengan Ekron, kerana harapannya telah hancur.

      Raja di Gaza akan lenyap,

      Dan Askelon tidak akan didiami lagi.+

       6 Pendatang asing akan menduduki Asdod,

      Dan Aku akan mematahkan keangkuhan orang Filistin.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi