PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 23:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Tuhan berfirman, “Hai orang Sidon* yang ditindas,

      Sukacita kamu sudah berakhir.+

      Bangkitlah dan pergilah ke Kitim.+

      Di situ pun kamu tidak akan mendapat ketenangan.”

  • Yeremia 47:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Akan tiba harinya apabila semua orang Filistin+ dimusnahkan.

      Ya, setiap orang Filistin yang masih hidup dan yang berpakat dengan Tirus+ dan Sidon+ akan dimusnahkan.

      Hal ini demikian kerana Yehuwa akan melenyapkan orang Filistin yang masih hidup,

      Yang telah datang dari Pulau Kaftor.*+

  • Yehezkiel 25:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Orang Filistin selalu memusuhi Israel. Orang Filistin membenci mereka, dan mencari peluang untuk membalas dendam dan memusnahkan mereka.+ 16 Oleh itu, Aku Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerang orang Filistin.+ Aku akan memusnahkan orang Kreti+ dan membinasakan setiap orang yang masih hidup di persisiran pantai.+ 17 Aku akan melakukan pembalasan terhadap mereka dan menghukum mereka dengan marah. Apabila mereka merasai pembalasan-Ku, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”

  • Amos 1:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  9 Yehuwa berfirman,

      ‘Tirus+ sudah berkali-kali memberontak dan telah menawan sekumpulan orang lalu menyerahkan mereka kepada Edom.

      Mereka tidak ingat akan perjanjian persaudaraan yang dibuat oleh mereka.

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.+

      10 Aku akan mengirim api ke tembok kota Tirus,

      Dan api itu akan membakar kubu-kubunya.’+

  • Zakharia 9:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Berikut merupakan perkhabaran Tuhan:

      “Aku, Yehuwa, akan menghukum negeri Hadrakh,

      Dan Damsyik ialah sasaran hukuman-Ku.+

      Mata Aku, Yehuwa, memperhatikan semua manusia,+

      Termasuk suku-suku Israel.

       2 Hamat,+ negeri jirannya,* juga akan dihukum;

      Demikian juga dengan Tirus+ dan Sidon,+ kerana penduduk kota-kota itu begitu bijaksana.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi