PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ezra 9:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 lalu berdoa, “Ya Tuhan, aku malu dan segan untuk mengangkat kepalaku di hadapan-Mu. Ya Tuhanku, dosa kami bertimbun-timbun di atas kepala kami sehingga mencapai langit.+

  • Nehemia 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Namun mereka tidak patuh, malah memberontak terhadap-Mu+ dan mengabaikan* Hukum-Mu. Engkau telah mengutus nabi-nabi untuk memberi mereka amaran dan menyuruh mereka kembali kepada-Mu, tetapi mereka membunuh semua nabi itu. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau.+

  • Yeremia 31:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “Sememangnya Aku telah mendengar Efraim meratap dan berkata,

      ‘Aku seperti seekor anak lembu yang belum dilatih,

      Tetapi Engkau mengajar aku, dan aku telah menerima ajaran-Mu.

      Bawalah aku kembali, dan aku akan kembali dengan rela,

      Kerana Engkaulah Tuhanku, ya Yehuwa.

  • Yehezkiel 6:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Mereka yang terselamat akan ingat tentang Aku apabila mereka menjadi tawanan dalam kalangan bangsa-bangsa.+ Mereka akan sedar bahawa Aku patah hati kerana mereka tidak setia* terhadap-Ku.+ Mereka telah memandang patung berhala mereka yang menjijikkan dengan nafsu berahi lalu mereka meninggalkan Aku.+ Mereka akan berasa malu dan membenci semua perbuatan jahat dan jijik yang telah dilakukan oleh mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi