PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 6
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Firman Tuhan kepada gunung-gunung Israel (1-14)

        • Patung-patung berhala yang jijik dimalukan (4-6)

        • “Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa” (7)

Yehezkiel 6:3

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.

Yehezkiel 6:4

Nota kaki

  • *

    Istilah ini dalam bahasa Ibrani mungkin berkaitan dengan istilah yang bermaksud “tahi” dan digunakan untuk menunjukkan perasaan meluat yang sangat mendalam.

Rujukan Silang

  • +Yes 27:9
  • +Im 26:30

Yehezkiel 6:5

Rujukan Silang

  • +Yer 8:1, 2

Yehezkiel 6:6

Rujukan Silang

  • +Yer 2:15; 32:29; Mi 3:12
  • +Yeh 16:39

Yehezkiel 6:7

Rujukan Silang

  • +Yer 14:18
  • +Yeh 7:4

Yehezkiel 6:8

Rujukan Silang

  • +Yer 30:10; 44:28; Yeh 14:22

Yehezkiel 6:9

Nota kaki

  • *

    Atau “kerana mereka curang.”

Rujukan Silang

  • +Ul 30:1, 2; Mz 137:1
  • +Mz 78:40, 41; Yes 63:10
  • +Bil 15:39
  • +Yeh 20:43; 36:31

Yehezkiel 6:10

Rujukan Silang

  • +Yeh 33:29; Da 9:12; Za 1:6

Yehezkiel 6:11

Rujukan Silang

  • +Yer 15:2; 16:4; Yeh 5:12

Yehezkiel 6:12

Rujukan Silang

  • +Yeh 5:13

Yehezkiel 6:13

Rujukan Silang

  • +Yeh 12:15
  • +Yer 8:2
  • +Yeh 20:28

Lain

Yeh. 6:4Yes 27:9
Yeh. 6:4Im 26:30
Yeh. 6:5Yer 8:1, 2
Yeh. 6:6Yer 2:15; 32:29; Mi 3:12
Yeh. 6:6Yeh 16:39
Yeh. 6:7Yer 14:18
Yeh. 6:7Yeh 7:4
Yeh. 6:8Yer 30:10; 44:28; Yeh 14:22
Yeh. 6:9Ul 30:1, 2; Mz 137:1
Yeh. 6:9Mz 78:40, 41; Yes 63:10
Yeh. 6:9Bil 15:39
Yeh. 6:9Yeh 20:43; 36:31
Yeh. 6:10Yeh 33:29; Da 9:12; Za 1:6
Yeh. 6:11Yer 15:2; 16:4; Yeh 5:12
Yeh. 6:12Yeh 5:13
Yeh. 6:13Yeh 12:15
Yeh. 6:13Yer 8:2
Yeh. 6:13Yeh 20:28
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 6:1-14

Yehezkiel

6 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah gunung-gunung Israel, dan bernubuatlah kepada gunung-gunung itu. 3 Engkau haruslah berkata, ‘Wahai gunung-gunung Israel, dengarlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kepada gunung, bukit, sungai, dan lembah: “Lihatlah! Aku akan membawa pedang untuk melawan kamu, dan Aku akan memusnahkan tempat-tempat ibadat* kamu. 4 Mazbah-mazbah kamu akan dirobohkan, dan tempat membakar kemenyan kamu juga akan dibinasakan.+ Orang yang mati dalam kalangan kamu akan Aku lemparkan di depan patung-patung berhala kamu yang menjijikkan.*+ 5 Aku akan membuang mayat-mayat orang Israel di depan patung-patung berhala mereka yang menjijikkan, dan Aku akan menyelerakkan tulang kamu di sekeliling mazbah kamu.+ 6 Di mana sahaja kamu tinggal, kota-kota di situ akan dihancurkan.+ Tempat-tempat ibadat kamu akan dirobohkan dan dibiarkan gersang.+ Mazbah-mazbah kamu akan dirobohkan sehingga berkecai. Patung-patung berhala kamu yang menjijikkan akan dilenyapkan, tempat membakar kemenyan kamu akan dirobohkan, dan semua yang telah kamu bina akan dimusnahkan. 7 Orang yang terbunuh akan rebah di tengah-tengah kamu,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+

8 “‘“Tetapi apabila kamu berada dalam kalangan bangsa-bangsa dan tercerai-berai di negeri-negeri lain, Aku akan membiarkan sebilangan daripada kamu terselamat daripada pedang.+ 9 Mereka yang terselamat akan ingat tentang Aku apabila mereka menjadi tawanan dalam kalangan bangsa-bangsa.+ Mereka akan sedar bahawa Aku patah hati kerana mereka tidak setia* terhadap-Ku.+ Mereka telah memandang patung berhala mereka yang menjijikkan dengan nafsu berahi lalu mereka meninggalkan Aku.+ Mereka akan berasa malu dan membenci semua perbuatan jahat dan jijik yang telah dilakukan oleh mereka.+ 10 Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa dan amaran-Ku untuk mendatangkan malapetaka atas mereka bukan sekadar ancaman kosong.”’+

11 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Tepuklah tanganmu, hentakkanlah kakimu, dan ratapilah semua perbuatan jahat dan jijik yang telah dilakukan oleh bangsa Israel, kerana mereka akan mati disebabkan pedang, kebuluran, dan wabak.+ 12 Mereka yang jauh akan mati kerana wabak. Mereka yang dekat akan mati kerana pedang. Sesiapa yang masih hidup dan terselamat daripada semua ini akan mati kebuluran. Demikianlah Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka.+ 13 Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,+ apabila mayat mereka yang terbunuh dicampak berdekatan patung-patung berhala mereka yang menjijikkan, di sekitar mazbah mereka,+ di atas setiap bukit yang tinggi, di atas semua puncak gunung, di bawah setiap pokok yang subur, dan di bawah dahan setiap pokok yang besar. Di situlah mereka mempersembahkan korban yang berbau harum untuk menyenangkan hati patung-patung berhala mereka yang menjijikkan.+ 14 Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk melawan mereka dan membuat negeri mereka menjadi tandus. Semua tempat tinggal mereka akan menjadi lebih tandus daripada padang belantara dekat Dibla. Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi