-
Imamat 6:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “‘Inilah perintah mengenai korban bijirin:+ Anak-anak lelaki Harun harus mempersembahkannya kepada Aku, Yehuwa, di hadapan mazbah.
-
-
Imamat 7:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 “‘Inilah peraturan mengenai korban ganti rugi:+ Korban ini merupakan sesuatu yang sangat suci.
-
-
Imamat 10:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Kemudian Musa berkata kepada Harun dan anak-anaknya yang masih hidup, iaitu Eleazar dan Itamar, “Daripada korban-korban yang dibakar untuk Yehuwa, ambillah lebihan korban bijirin dan jadikannya roti yang tidak beragi. Makanlah roti itu dekat mazbah+ kerana korban itu merupakan sesuatu yang sangat suci.+ 13 Kamu harus memakannya di halaman khemah suci+ kerana bahagian itu telah diberikan kepada kamu dan anak-anak lelaki kamu. Bahagian itu diambil daripada korban-korban yang dibakar untuk Yehuwa. Semua itu merupakan perintah Tuhan kepadaku.
-
-
Imamat 24:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Pada setiap hari Sabat, roti-roti mesti diletakkan di hadapan Aku, Yehuwa.+ Hal ini merupakan suatu perjanjian yang kekal antara Aku dengan umat Israel. 9 Roti itu akan menjadi milik Harun dan anak-anak lelakinya.+ Mereka harus memakan roti itu di tempat yang suci,+ kerana roti itu diambil daripada korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Roti itu merupakan sesuatu yang sangat suci. Mereka haruslah sentiasa mematuhi perintah ini.”
-