-
Keluaran 29:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 “Kemudian bawalah anak-anak lelaki Harun ke hadapan dan kenakanlah jubah-jubah pada mereka.+ 9 Lilitkan pengikat pinggang jubah pada mereka, seperti yang telah engkau lakukan untuk Harun. Kenakanlah juga pengikat kepala pada mereka. Aku telah menetapkan bahawa Harun dan keturunannya akan sentiasa berkhidmat sebagai imam kepada-Ku.+ Beginilah caranya engkau melantik mereka untuk berkhidmat sebagai imam.+
-
-
Imamat 8:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Musa membawa anak-anak lelaki Harun ke hadapan dan mengenakan jubah pada mereka. Dia juga melilitkan pengikat pinggang dan pengikat kepala+ pada mereka, seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.
-
-
Yehezkiel 44:19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Sebelum mereka keluar ke halaman luar, iaitu tempat rakyat berkumpul, mereka haruslah menanggalkan pakaian yang dipakai oleh mereka semasa berkhidmat+ dan meletakkannya di dalam bilik-bilik makan yang suci.*+ Kemudian mereka akan mengenakan pakaian yang lain agar mereka tidak menyucikan rakyat melalui pakaian mereka.
-