PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 6:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 “Baik yang muda mahupun yang tua, mengaut keuntungan dengan cara yang tidak jujur.+

      Baik nabi mahupun imam, memperdaya orang.+

      14 Mereka memandang ringan luka umat-Ku dan mencuba mengubatinya dengan berkata,

      ‘Semuanya aman damai! Semuanya aman damai!’

      Meskipun kedamaian tidak wujud.+

  • Yeremia 28:1-4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Pada tahun yang sama, pada awal pemerintahan Raja Zedekia+ dari Yehuda, iaitu pada bulan kelima tahun keempat, Nabi Hanania anak Azur dari Gibeon+ bercakap kepada Yeremia di Rumah Yehuwa, di hadapan para imam dan semua rakyat. Hanania berkata, 2 “Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: ‘Aku akan mematahkan kuk raja Babilon.+ 3 Meskipun Raja Nebukadnezar dari Babilon telah mengambil semua perkakas Rumah Yehuwa dari tempat ini dan membawanya ke Babilon, Aku akan mengembalikan semua perkakas itu ke tempat asalnya dalam masa dua tahun.’”+ 4 “‘Aku juga akan membawa kembali Yekhonya+ anak Yehoyakim,+ iaitu raja Yehuda, dan semua orang Yehuda yang telah pergi ke Babilon sebagai tawanan,’+ firman Yehuwa, ‘kerana Aku akan mematahkan kuk raja Babilon.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi