-
Keluaran 20:8-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 “Jangan lupa untuk merayakan hari Sabat dan memandangnya sebagai hari yang suci.+ 9 Kamu boleh bekerja selama enam hari,+ 10 tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat yang dikhaskan untuk Aku, Yehuwa, Tuhan kamu. Pada hari itu, kamu tidak boleh bekerja, begitu juga dengan anak lelaki dan anak perempuan kamu, hamba lelaki dan hamba perempuan kamu, ternakan kamu, dan orang asing yang menetap di kota kamu.+
-
-
Keluaran 31:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 “Beritahulah orang Israel, ‘Kamu wajib mematuhi hukum-Ku untuk menyambut hari Sabat+ secara turun-temurun, kerana hari itu ialah tanda perjanjian antara Aku dengan kamu. Dengan demikian, kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, menyucikan kamu.
-
-
Imamat 23:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 “Beritahulah orang Israel, ‘Hari pertama bulan ketujuh mesti dirayakan dan dikhaskan sebagai hari untuk berehat daripada pekerjaan kamu. Ingatlah bahawa kamu mesti berkumpul dan beribadat kepada-Ku semasa kamu mendengar tiupan trompet.+
-
-
Imamat 25:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Tetapi pada tahun ketujuh, kamu tidak boleh bercucuk tanam dan tidak boleh memangkas pokok anggur kamu. Tanah itu tidak boleh diusahakan kerana tahun itu ialah tahun Sabat untuk Aku, Yehuwa.
-
-
Imamat 25:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Tahun ke-50 ialah Tahun Pembebasan bagi kamu. Jangan bercucuk tanam, jangan tuai hasil daripada biji-bijian yang tumbuh dengan sendirinya, dan jangan kumpul buah anggur daripada pokok anggur yang tidak dipangkas.+
-