PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 1:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Para pemimpinmu keras kepala dan bersubahat dengan pencuri.+

      Mereka semua suka menerima rasuah dan tamak akan hadiah.+

      Mereka tidak menegakkan keadilan bagi anak yatim,

      Dan mereka tidak mempedulikan aduan para balu.+

  • Yesaya 3:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Yehuwa akan mengadili para pemimpin dan pembesar dalam kalangan umat-Nya.

      Dia berfirman, “Kamu telah membakar ladang-ladang anggur,

      Dan kamu telah mencuri barang orang miskin lalu menyimpannya di dalam rumah kamu.”+

  • Yeremia 21:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Wahai keluarga Daud, inilah firman Yehuwa:

      “Tegakkanlah keadilan setiap pagi,

      Dan selamatkanlah orang yang dirompak daripada tangan perompak,+

      Agar kemarahan-Ku tidak membara seperti api,+

      Yang terus membakar dan tidak dapat dipadamkan

      Kerana perbuatan-perbuatan jahat kamu.”’+

  • Mikha 2:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Apabila mereka menginginkan ladang orang lain, mereka merampasnya;+

      Apabila mereka menginginkan rumah orang lain, mereka merebutnya.

      Mereka menggunakan tipu helah untuk mendapatkan rumah seseorang,+

      Dan mencuri harta pusakanya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi