-
Yesaya 36:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Lihatlah! Kamu mengharapkan bantuan dari Mesir. Tetapi Mesir bagaikan buluh yang telah patah, yang akan menusuk tapak tangan orang yang bersandar padanya. Begitulah Firaun, raja Mesir itu, bagi sesiapa yang berharap kepadanya.+
-
-
Yeremia 37:5-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Pada waktu itu, orang Kasdim sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa angkatan tentera Firaun telah bertolak dari Mesir,+ mereka pun berundur dari Yerusalem.+ 6 Kemudian Nabi Yeremia mendapat perkhabaran daripada Yehuwa, 7 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Katakanlah kepada raja Yehuda yang mengutus kamu kepada-Ku untuk meminta petunjuk, “Lihatlah! Angkatan tentera Firaun yang datang untuk membantu kamu akan pulang ke Mesir, negeri mereka.+
-